Friday, June 11, 2010

if and only if


kalau la aku kaya,aku boleh beli ferrari pastu upah michael schumacher jadi driver aku.tak payah susah susah nak jalan kaki tengah tengah panas tepi tepi hujan tiap kali nak pegi kelas dan hasilnya bila sampai kelas bau minyak wangi beganti dengan bau peluh.buat rugi air je mandi.

kalau la aku pandai mesti aku tak payah tekan kalkulator sampai nak tecabut button no tu tiap kali nak buat maths.tengok je soalan dah tau jawapan.wah bestnya macam tu.

kalau la lepas kelas aku balik buat short note untuk setiap subjek mesti aku dapat 4 rata tiap tiap sem.

kalau la aku boleh terbang nak je aku terbang pegi south africa sekarang.tak payah susah susah huduhkan mata sendiri nak bejaga awal pagi tengok bola.

kalau la aku tak tido tiap kali balik kelas mesti banyak masa aku terisi dengan baca buku.erks.

kalau la bagi tumpuan tadi mesti dah dapat jawab soalan tu.tiba tiba jeles pulak tengok orang sebelah dapat hadiah dan nak je cakap kat beliau 'kalau aku bagi tumpuan tadi hadiah tu aku yang punya tau'

kalau la hari tu tak beli benda tu mesti duit aku masih ada lagi sekarang walaupun kurang banyak.kenapa aku beli benda alah ni?macam tak penting pulak.masa beli ingat macam beguna je benda ni.

kalau la aku baca bab 3 time study eco dulu mesti boleh jawab dah soalan tu.takde la aku merepek bekajang kajang time buat esei tadi.

kalau la aku ni tauke manchester united kan best.setakat nak tengok game mu memang petik jari petik gitar je.boleh duduk kat seat vvip lagi.wah sangat best.

kalau la aku jadi doremon boleh aku undur masa balik.jadi kanak kanak semula.bebas dari masalah.kalau ada masalah pun masalah nak pikir mana nak sembunyi time main sorok sorok.

kalau la aku beli baju kaler biru tu semalam mesti tak menyesal.kenapa aku beli kaler ni?semalam tengok cantik tiba-tiba bila balik rumah tengok jadi tak cantik pulak.

kalau la aku boleh tukar balik makanan aku order ni kan best.bila pusing tengok kanan nampak macam best pulak mee tomyam orang meja sebelah.kenapa la aku tak order macam dia td?

kalau la semalam tak gatal tidur lambat mesti hari ni takkan bangun lewat.telepas 1 kelas.bila nak dapat 4 rata kalau macam ni punya perangai?

kalau la aku tak singgah kedai tadi mesti dah dapat tempat kat depan tu.ni nak kena telangut langut.lecturer pun dah nampak besar kuman.

kalau la aku letak benda tu kat tempat selamat mesti takkan hilang.bila dah hilang dosa pun betambah sebab maki orang yang ambik tu atau bahasa lebih mudah difahami orang yang curi tu.

dan kalau la kalau la kalau la kalau la...


*tiba-tiba rasa anti dengan word 'kalau'*