Sunday, August 1, 2010

impossible is nothing


aku sangat teruk kalau buat first impression.my bad.jangan judge orang selagi tak kenal betol betol.oke point untuk take note kepada si tukang taip.start sem 3 lebih kepada terpaksa dari rela sebab aku kena duduk sebilik dengan senior.mari eja sama sama S E N I O R.sangat mengerikan bila ada membe membe aku cakap duduk dengan senior jauh beza dari duduk dengan membe sebaya.dan aku terus setuju walaupun tau perangai orang takkan sama tak kira la dia tu senior ke sebaya ke junior ke.kalau baik tetap baik and kalau tak baik tetap tak baik.dan aku pelik kenapa aku setuju walaupun dah tau pasal tu?again my bad.1st time jejak masuk bilik baru dah jadi orang bisu dan aku sangat tak suka bila kena diam sebab time tidur makan dengan dalam hall exam je aku diam.nie dalam bilik dan diam tu sangat tak sesuai.is it my bad again?terasa nak balik rumah time tu jugak.dalam kepala pikir 1 je 'kenapa aku perlu ada kat sini sekarang?'.

tapi betol orang cakap tak kenal maka tak cinta.cinta tu universal.sila take note.1st week je aku bisu.masuk second week dah jadi normal balik.dan paling best bila aku dapat 4 orang kakak sekaligus.2 orang roomate aku plus lagi 2 orang kawan dorang.dorang treat aku macam betol je aku ni adik dorang.paling muda dan paling dilebihkan.suka di situ.hal buku dah tak payah pikir dah sebab kakak kakak aku dah prepare buku buku dorang untuk aku sampai part 6 nanti.woa sangat best!

dan semalam kitorang habiskan one whole day masuk sukaneka kolej.main boling kelapa,tarik upih,makan megi,anyam ketupat and anyam tikar.masuk just nak suka suka.point nak seronok je.sungguh memang seronok.lagi triple seronok bila menang no 1 untuk anyam tikar and boling kelapa.anyam ketupat dapat no 3.tarik upih kalah sebab baru mula tarik masing masing dah tegolek golek gelak sebab tak begerak even dah letak orang paling ringan.tarik upih tu dah tukar jadi contest sapa gelak paling creative.sampai teduduk duduk gelak sebab team lain dah nak habis kitorang 1 pusingan pun belum.suku je pastu trus stop.bukti di bawah...

sila tengok jiran sebelah dan bandingkan dengan team oren.perbezaan arah.

makan megi pun kalah.alasan sebab megi tu dah kembang sampai jadi lembik lembik dah tu makan kena guna lidi.dan syarat tak boleh angkat mangkuk.huh dah macam nak cium lantai tunduk nak makan.punya la susah aku tengok.tapi dah tau kalah pun buat rilek je makan sampai habis.orang cakap rezeki tak baik ditolak kan?ngeeeee


pastu kitorang betukar jadi ala ala perempuan melayu terlast.mengayam ketupat and tikar.aku dah tolak awal awal ketupat tu sebab kalau aku buat takkan jadi ketupat.so 3 orang anyam tikar 2 orang anyam ketupat.satu satu nya team yang bolot buat 2 benda dalam waktu yang sama.team lain masuk anyam tu satu benda je,kitorang yang terlebih advance masuk dua dua.


ketupat hilang tanpa dapat dijejaki.tinggal tikar je yang wujud.

sungguh sangat seronok semalam.dan lagi seronok bila malam dapat habuan masing masing.hilang penat bila tengok hamper tinggi.hahaha


best bila dapat join main main macam ni.kurang kurang tension boleh la hilang sikit bila boleh gelak gelak.lupa kejap assignment yang belambak lambak tutorial yang bekajang kajang.moment yang ada value yang sangat mahal.or lebih tepat moment aku dengan senior :)

adila with her seniors or lagi tepat her sisters :)

hari ini ingat nak tidur puas puas tapi pagi tadi ada gotong royong pulak.penat semalam tak habis lagi pun ni tambah lagi 1 penat.dan lagi sekali aku buat moment best dengan senior.sem sem lepas tak penah pun tiap kali gotong royong kolej aku buat keja nie.2 sem asyik kutip sampah yang tak rupa sampah pun sebab dah tak ada benda nak kutip.pegang daun 1 pun kira sampah.tapi sem ni aku create benda baru lagi.cuci toilet!cuci toilet dengan senior.tak penah sangka nak cuci toilet macam tadi.memang lencun main air.walaupun cuci toilet tapi macam biasa gelak tu benda wajib.mana tak gelak kalau simbah air sekali dengan orang orang kena simbah.again moment yang ada value mahal dan aku sangat suka moment tu :)

dorang pesan next sem kalau rindu dorang ingat balik yang kita penah cuci toilet sama sama tarik upih sama sama and gelak sampai keluar airmata sama sama.dan for sure aku akan rindukan dorang.sekarang last sem dorang kat sini.kalau dulu aku buat equation adila+seniors=impossible tapi sekarang dah tukar equation jadi adila+seniors≠impossible dan adila sayang mereka :) then impossible is nothing.