Friday, October 14, 2011

World Cup, Euro, Sejarah & Dia


Assalamualaikum :)

Semalam tengok berita. Lebih kepada tertengok actually. Sebab abah aku tengok berita so kena tengok sekali sebab kena get ready nak serbu remote lepas habis berita. Nak pastikan dapat remote cepat kena lah tengok berita sekali. Dan tertengok lah berita sukan pastu tertengok lah sekali pasal kelayakan Euro. Lepas tu tiba tiba rasa rindu. Rindu dekat Cik Fatin yang duduk meja sebelah aku for 2 years. 2 tahun tu kira jangka masa yang lama untuk aku. Kita takkan boleh betahan duduk sebelah sebelah kalau orang tu tak masuk geng dengan kita kan ? So aku kira 2 tahun boleh duduk sebelah sebelah tu jangka masa yang lama. Berita pasal Euro tu buatkan aku teringat dia. Sebab ?

Dulu aku dengan dia sekelas dari Form 2 sampai lah Form 5. Tapi Form 2 ngan Form 3 tu tak berapa nak baik sangat sebab aku rasa dia macam garang. Seriously. Kalau tengok muka dia memang rasa dia garang and sombong. She’s gonna kill me if she read this. Ahaha. Aku ingat lagi time kitorang Form 3 tu ada World Cup. Aku dengan dia adalah antara insan insan yang tak sedar diri nak ambik PMR akan bangun curi curi tengah tengah malam sebab nak tengok bola. Tu adalah benda berani mati aku pernah buat. Esoknya pagi pagi pot pet pot pet komen macam macam pasal game yang tengok tu. Dia pot pet pot pet dengan orang lain, aku pot pet pot pet dengan orang lain. Aku bukan komen komen dengan dia sebab aku tak becakap pun dengan dia. Aku dengar dia komen komen dengan orang lain pastu aku terus pikir ‘Oh dia tengok bola jugak’. Setakat tu sahaja. Aku tak terasa pun nak p sembang sembang dengan dia cerita pasal bola sebab aku rasa aku macam tak boleh nak masuk dengan geng dia.

Tak tahu lah macam mana end up time Form 4 tu kami boleh duduk sebelah sebelah then baru aku tau yang dia ni tak la sombong pun. Boleh ja buat geng. Kinda cool okay bila jumpa orang yang sama minat dengan kita, yang tak tengok kita dengan pandangan pelik setiap kali kita buat benda benda yang ala ala lawak tak lawak, contohnya macam gunting gambar player yang kita suka then lekat dalam buku teks sejarah. Aku buat benda benda macam tu dulu then dia tak pernah tanya aku dengan soalan ‘Gunting tu nak buat apa?’ sebab dia pun akan buat benda yang sama. Dalam buku teks sejarah aku ada gambar David Silva dengan Cristiano Ronaldo. Cikgu tengah cerita sejarah kat depan aku sibuk tenung gambar konon konon macam dorang tu tengah tengok aku. Yes funny.

Masuk Form 5 kitorang buat lagi benda yang sama. Form 5 ada Euro which means akan ada banyak gambar player akan masuk dalam paper. Tiba tiba terpikir, kenapa asal ada Euro or World Cup mesti tahun tu tahun kitorang akan face dengan major exam ? *sigh* Again dalam buku sejarah aku ada gambar Ronaldo and dalam buku sejarah Fatin ada gambar David Villa. Tapi ada yang berbeza. Dia minat sejarah aku tak. Dia letak gambar Villa maybe sebab untuk buat dia lagi semangat nak study sejarah tapi aku letak gambar Ronaldo sebab nak buat hilang boring time kelas sejarah. Aku tak pernah dapat A untuk sejarah sepanjang exam Form 4 and Form 5 dan tak pernah paksa diri nak usaha bagi dapat A untuk sejarah pun sebab aku tak suka sejarah dan aku takkan usaha buat benda benda yang aku tak suka. Sebab tu takkan ada orang akan faham kenapa aku rasa macam nak buat lompat bintang time tengok Slip SPM bila tengok Sejarah dapat A dan aku share result SPM yang sama dengan Fatin. Bila letak sebelah sebelah tak ada yang beza except part nama, no ic and angka giliran.

Dan sekarang baru tersedar yang kami bukan lagi budak sekolah yang boleh melepak sambil makan choki choki kat koridor lab bio, bukan lagi student yang boleh buat bising sampai kena denda berdiri atas kerusi, bukan lagi student rajin yang pagi pagi sabtu dah tunggu bas nak p tusyen, bukan lagi orang orang yang kena denda sebab tak hafal ayat hafazan dan bukan lagi orang orang yang sibuk lawan sapa cepat tiru homework maths pagi pagi buta. Tu 3 tahun lepas. Tu semua cerita time umur 17 tahun.

World Cup tahun lepas dan Euro tahun depan dah tak ada moment gunting gambar dalam paper then lekat dalam buku teks sejarah sebab keadaan dah tak sama. Dah tak ada buku teks sejarah, dah tak ada cikgu cerita pasal sejarah dan dah tak ada Fatin yang duduk sebelah aku. Kalau tanya kenapa aku tiba tiba tulis entry ni, aku sendiri tak tau sebab apa. 1 thing for sure, I miss her.