Saturday, December 24, 2011

15 random things.


Assalamualaikum :)


1. I'm home ! Dah start mid sem break dan sepatutnya aku sekarang ada kat Rawang tapi sebenarnya tak. Mampu merancang sahaja, Tuhan yang tentukan everything right ? But its okay, insyaAllah tukar plan ke Rawang cuti raya Cina ni pulak :)

2. Oh heaven boleh ada kat rumah. Mak masak sedap-sedap sampai pukul 12 tengah malam pun boleh makan nasik lagi. Keh3. Plus hari ni abang balik pulak, lagi betambah sedap makanan. Yeay ! Boleh makan 1 family. Seronok seronok seronok !

3. Tak tau sebab apa tapi aku happy sangat lately. Rasa senang hati. Alhamdulillah.

4. 3 tahun dah tinggal 3 bulan. Sekarang baru rasa Arau tu beharga. Dulu tegedik-gedik tamau duduk Arau sebab tak seronok. Pernah sampai rasa menyesal terima tawaran masuk UiTM dulu. Tapi sekarang sedih. Sangat. Mana nak cari orang yang boleh gelak tak ingat dunia even assignment betimbun-timbun tak siap ? Mana nak cari orang yang time aku demam sanggup jaga aku siang malam ? Mana nak cari orang time tengah tension buat past year boleh stop buat sesi karok beramai-ramai ? T_T

5. Kadang-kadang benda sweet tak perlu datang dari seorang lelaki. Motif ? My super duper classmates always make my life super duper sweet !

6. Lately banyak pulak video pasal proposal. Almost semua perempuan macam "Ahhhh sweetnya ! Nak jugak macam tu !" Temasuk la aku. Hahaha. Tapi tapi tapi, tak perlu kot sekarang. Kadang-kadang benda sweet tak perlu datang dari seorang lelaki. Apa motif ulang ayat ni dua kali ? =.=

7. Jersey. Benda paling banyak aku kumpul hampir 3 tahun dekat Arau. Dah dekat 10 helai. Even aku kipas susah mati Manchester United tapi aku ada jersey Arsenal, Liverpool and Chelsea. Ada jersey away Arsenal and Chelsea and jersey third Liverpool. Alasan aku beli macam tak boleh nak terima. Aku beli sebab design cantik. Kui3. Ondaway nak cari jersey Real Madrid. Wishlist yang satu ni tak tertunai lagi. Harap-harap tertunai sebelum habis Diploma. Ada sesapa yang baik nak tunaikan ? Di alu-alukan :P

8. Ahhh sekarang gian p bookstore. Campak aku kat situ and believe me aku boleh stay bejam-jam dalam bookstore tu. Bau buku baru best tahu ? Tapi kenapa buku baru Part Six bau tak sedap ? *Alasan* Mak aku sampai cakap nanti kawen mintak hantaran novel sebakul. Pastu tiba-tiba tepikir, boleh jugak ! Masuk wishlist lah XD Hahaha.

9. Phil Jones hensem dari Hernandez. Nak berubah hati ke tak ? Tak ada motif betul buat ayat gitu =.=

10. Hari tu time p meronggeng ke Jitra dapat lagi satu kenangan. Kena kompaun. Padan muka. Pegi dua kereta dua-dua kena kompaun. Nasib baik 10 hengget je kena. Parking pun nak kena kupon-kupon ke ? Guna syiling ikut jam tu kan senang ? Aku memang jakun.

11. Arau dah ada Pizza Hut Delivery. Tiap-tiap hari aku nampak abang delivery tu tecongok kat lobi kolej. Amboi kelas betul budak-budak UiTM Arau sekarang. Tak layan dah nasik bungkus dah, makan Pizza Hut je pagi petang siang malam.

12. Sem ni duduk dengan junior Part 4. Tapi tapi tapi yang best roomate aku ingat aku pun Part 4. Ohhh seronok betul bila dah nak masuk 21 tahun orang ingat baru 19 tahun. Hahaha!

13. 121211 : Happy 1st Anniversary to my dear heartbeat, Mr Nokia 5800. Terima kasih sebab tak buat perangai langsung sepanjang 1 tahun. Jangan pulak lepas kena puji ni buat perangai terus sudah la.

14. Eyebag cantik. Serius. Tu bukti stay up tengah malam sebab study. Boooooo. Study la sangat. Nak balik punya pasal sanggup tak tidur siapkan assignment. Pastu jalan esoknya rasa macam tak jejak tanah. Melayang. Awal-awal sem dah macam ni, nanti dekat nak habis sem macam mana agaknya ?

15. Semalam baru cakap malas nak update blog sampai rasa nak delete blog ni sebab kesian biarkan beliau behabuk besawang. Tapi hari ni dah update. Tak tetap pendirian betul aku. Iskkkkk.

Okay. Babai blog.