Thursday, September 6, 2012

Sarah's Love Story : Part One


Assalamualaikum :)

Credit to : Asyurul Photography


Ahhh masih dalam keadaan tak percaya kawan baik sendiri dah jadi isteri orang :') Okay, memandangkan dah terbabas lama dari tarikh sepatutnya, maka aku dengan rajinnya nak update pasal wedding Sarah malam ni. Yeay seronoknya cerita pasal kawen! :P Tapi dalam post ni aku cerita dulu moment bila Sarah bagitau dia nak kawen. Cerita wedding day hold dulu ye. Hehe.

Eh sebelum tu, kalau nak tau asal –usul pekenalan kitorang yang aku rasa macam agak ‘unik’, boleh baca dekat sini. Kat situ la aku jumpa kawan-kawan terhebat pernah aku ada termasuk la Sarah ni. Orang cakap kawan-kawan maya ni tak boleh percaya, tapi kawan-kawan maya aku yang dalam tu bukan macam tu. I know them well :)

Alhamdulillah tahun ni dah masuk tahun ke-5 kami semua kenal dan dalam tahun ke-5 ni jugak Sarah buat kejutan bagitau yang dia akan berkahwin. Actually dia bagitau aku thru mesej dalam pukul 2 pagi camtu kot aku baca mesej: ‘Dila, aku nak bertunang dah.’ Memandangkan time tu aku tengah mamai-mamai, aku off terus phone -.- Lepas kejadian malam tu, Sarah pun diam saja dan menguatkan lagi tekaan aku yang dia memang tengah merepek. Lepas beberapa hari, kitorang Skype dan dia bagitau benda tu lagi sekali. Time dia bagitau tu aku terus tergelak sebab aku tau sangat Sarah ni suka cakap merepek dengan aku. Aku siap cakap lagi ‘Tak yah buat lawak la Sarah!.’ Then dia reply ‘Aku tak main-main. Serius ni.’ Lepas tu aku terus terdiam. Start dari tu, dia explain satu-satu dekat aku dan aku tau memang benda ni realiti. Aku tak tau berapa kali aku taip ‘I’m very happy for you dear!’ bagi kat dia. Haha. Tapi yang pasti memang banyak kali. Bila kawan baik sendiri yang nak kawen, baru aku tau tahap teruja tu macam mana. Nak nangis pun ada okay. Over betul aku. Wawawa

Lepas habis dia explain dan aku pun dah kembali tenang *sebelum tu aku ala-ala orang histeria sebab seronok punya pasal *, Sarah dah mula plan nak buat kejutan untuk budak-budak group yang lain. Seperti yang dirancang, aku dengan konfiden masuk group terus taip bagitau ada salah sorang dalam group tu nak kawen dan masa yang sama Sarah pun join pura-pura tak tau dan desak aku bagitau sapa yang nak kawen tu *padahal dia sendiri yang nak kawen.kih3* Automatik waktu tu post tu dapat bejela-jela komen. List notifications sampai terkeluar dari screen. Tapi memang semulajadi dah, kalau sebut pasal kawen memang akan bejela-jela komen. Kui3. Tak cukup dengan FB, phone aku pun jadi sama busy. Mesej sampai dan soalan yang sama ‘Cakap la sape nak kawen tu. Pleaseeeeee.’ Agak lama jugak lah aku suruh dorang main teka-teka. Dan akhirnya aku reveal benda sebenar. Sumpah meriah gila group malam tu lepas tau benda sebenar. Tak menang tangan reply komen. Siap naik post ‘Yeay tak sabar nak ada anak buah Fiksi yang pertama!.’ Memasing pakat chop dah nama untuk anak Sarah panggil nanti. Well, aku dah chop Acik Dila. Ahaha. Pastu ada jugak yang cakap ‘Eh raya tahun depan entah-entah pakat jadi uncle ngan aunty dah. Kena siap duit raya.’ Oh rasa comel gila dapat anak buah first Fiksi :’) Havoc sangat situasi malam tu. Orang dalam group tu adalah insan-insan pertama yang tau pasal Sarah nak kawen. See how close we are? :) Sarah bagitau kitorang dulu sebelum orang lain dan malam tu Sarah bagitau aku ‘Dila, aku happy sangat malam ni bila tengok semua orang seronok dan doakan kebahagiaan aku.’ Oh well aku yang dah sedia ada over bab-bab feeling ni memang rasa nak nangis lepas Sarah cakap macam tu T___T

Oh bakal suami Sarah tu jiran kepada nenek Sarah dekat kampung. Lepas dapat tau pasal kes jiran tu, terus aku, Nanie, Lieza ngan Myny pakat-pakat tanya jiran siapa lagi yang available. Ahahaha. Rasa macam comel pulak kawen dengan jiran. Eh? :P Jiran aku semua kecik-kecik lagi. Aish. Ahaha :P Sarah cakap dia tak tunang dah sebab berebut masa. Yalah, mana dekat nak puasa la, raya la. So dia cakap sekali harung je semua. Lagi senang macam tu kan? Jimat masa, tenaga, belanja pun jimat. Tarikh keramat: 25 Ogos 2012 bersamaan 7 Syawal 1433H. Majlis di Bintulu, Sarawak. Start malam tu masing-masing asyik countdown tunggu tarikh tu. Excited punya pasal.

Macam tu la secara ringkasnya cerita pasal moment Sarah bagitau dia nak kawen. Ni kira sehabis ringkas, kalau nak cerita satu-satu alamat sampai esok pun tak habis. Aku cerita yang penting-penting saja. Hehe. Nak tau macam mana Sarah boleh cakap ‘Ya’ lepas dilamar oleh Hafiz boleh klik disini. Lamaran yang bukan biasa. Perkongsian rasa juga yang bukan biasa :’)

Okay, next entry aku akan cerita pasal wedding day pulak. More wedding pictures for sure! :D

One thing to know: They never knew each other until Sarah was 21 and Hafiz was 25. This is what we call LOVE AFTER MARRIAGE :)

To be continued. Assalamualaikum.





0 choki choki: