Saturday, February 16, 2013

Blessing February


Assalamualaikum :)

The awesome February I have ever had. Alhamdulillah. Memang setiap taun Februari akan jadi special dari bulan yang lain sebab 4 dari 5 family members akan sambut birthday masing-masing dalam bulan Februari. Start Abah on 4th February, my lil sister on 7th February, the only one bro on 10th February and lastly, me on 11th February. Taun ni special tu bertambah jadi lagi special sebab abang aku dah officially mengubah status beliau jadi a married man. Awwww rasa macam baru semalam dok berebut remote, tak sangka sekarang dah jadi suami orang :’) Dan sekarang dari 5 dah jadi 6 family members. Taun depan jadi 7 pulak sebab tambah anak sedara #eh :P Abang aku punya wedding exactly sama satu hari dengan birthday dia. Ah aku rasa dari 4 birthday abang aku lah paling bertuah sebab dapat hadiah birthday seorang isteri. Kekeke. Aku? Aku dapat kek baki kenduri abang aku sehari sebelum birthday aku -_____- Harap taun depan aku dapat hadiah birthday seorang suami. Muahaha. Tunggu jugak kot-kot ada orang nak bagi hadiah tiket konsert Anuar Zain yang rega RM1200. Angan-angan Mat Jenin sungguh. Kuikuikui. Tapi seronok okay birthday kali ni sebab boleh kata seluruh  keluarga besar ada and everyone of them keep wishing me ‘Happy Birthday’. I feel so much blessed! Sudah 22 dan terima kasih Taylor Swift sebab susah payah buat lagu 22 untuk saya. Kekeke. Mohon taun depan Anuar Zain buat lagu tajuk 23 pulak untuk saya. Puihhh.
The next day, I got a surprise birthday present from Ieja! Woot woot! Tesengih-sengih tengok. Teharu okay bila orang sanggup susah payah untuk buat kita happy. Siap tulis entry lagi dalam blog. Ieja cakap dia takkan lupa birthday aku sebab 11 February tu jugak birthday Mama dia. So Aunty, Happy Belated Birthday to us! Nak hadiah Aunty! *kelipkelipmata* Kekeke. Btw, thanks Ieja for everything. Appreciate it and I love you :)



Dan semalam dapat lagi 1 hadiah. Yang ini memang tak boleh beli. Perasaan bila bangun pagi mak tanya result lepas bagitau pasal result mak senyum tak henti-henti :’) I really want that ‘selempang’ and for now I’m on the right track to get it. Hopefully, I will stay on the same track until Semester 6. Amin. Dan semalam jugak hadiahkan abah Galaxy Wonder. Abah tak pernah ada phone sendiri. Abah guna phone anak-anak yang dah tak pakai punya sebab dalam apa benda pun abah akan dahulukan anak-anak dia. Biar dia guna yang lama pun tak apa asalkan anak-anak dapat yang baru. So, aku decide kali ni biar abah pulak dapat rasa pegang phone sendiri yang baru, yang bau kedai. He deserved that after all :) Sekarang abah tengah biasakan diri dok swipe phone. Haha. Puas hati okay bila tengok orang yang kita paling sayang happy. Semalam boleh kira hari bahagiakan mak abah yang lebih special dari biasa. Thank you Allah for this happiness :’)

*malas nak transfer gambar so jadi entry tanpa gambar*













Monday, October 29, 2012

Read.


Kalau tanya cuti ni aku buat apa, memang aku ada jawapan solid nak bagi.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Here's the answer




Friday, September 7, 2012

Assalamualaikum Degree


“Go and enjoy your life there. Be happy all the time.” – Miss Latisha


NEW PLACE.NEW ENVIROMENT.NEW PEOPLE.

BE.STRONG.GIRL. 

YOU.WILL.BE.FINE.

Secara rasminya bergelar pelajar BM224, UiTM Kampus Puncak Alam. 
Selamat tinggal BM111, UiTM Kampus Arau. Terima kasih untuk segala yang terindah :')




I will be happy Miss. I will. Insya-Allah.

Bismillahirrahmanirrahim. Semoga dipermudahkan.



Thursday, September 6, 2012

Sarah's Love Story : Part One


Assalamualaikum :)

Credit to : Asyurul Photography


Ahhh masih dalam keadaan tak percaya kawan baik sendiri dah jadi isteri orang :') Okay, memandangkan dah terbabas lama dari tarikh sepatutnya, maka aku dengan rajinnya nak update pasal wedding Sarah malam ni. Yeay seronoknya cerita pasal kawen! :P Tapi dalam post ni aku cerita dulu moment bila Sarah bagitau dia nak kawen. Cerita wedding day hold dulu ye. Hehe.

Eh sebelum tu, kalau nak tau asal –usul pekenalan kitorang yang aku rasa macam agak ‘unik’, boleh baca dekat sini. Kat situ la aku jumpa kawan-kawan terhebat pernah aku ada termasuk la Sarah ni. Orang cakap kawan-kawan maya ni tak boleh percaya, tapi kawan-kawan maya aku yang dalam tu bukan macam tu. I know them well :)

Alhamdulillah tahun ni dah masuk tahun ke-5 kami semua kenal dan dalam tahun ke-5 ni jugak Sarah buat kejutan bagitau yang dia akan berkahwin. Actually dia bagitau aku thru mesej dalam pukul 2 pagi camtu kot aku baca mesej: ‘Dila, aku nak bertunang dah.’ Memandangkan time tu aku tengah mamai-mamai, aku off terus phone -.- Lepas kejadian malam tu, Sarah pun diam saja dan menguatkan lagi tekaan aku yang dia memang tengah merepek. Lepas beberapa hari, kitorang Skype dan dia bagitau benda tu lagi sekali. Time dia bagitau tu aku terus tergelak sebab aku tau sangat Sarah ni suka cakap merepek dengan aku. Aku siap cakap lagi ‘Tak yah buat lawak la Sarah!.’ Then dia reply ‘Aku tak main-main. Serius ni.’ Lepas tu aku terus terdiam. Start dari tu, dia explain satu-satu dekat aku dan aku tau memang benda ni realiti. Aku tak tau berapa kali aku taip ‘I’m very happy for you dear!’ bagi kat dia. Haha. Tapi yang pasti memang banyak kali. Bila kawan baik sendiri yang nak kawen, baru aku tau tahap teruja tu macam mana. Nak nangis pun ada okay. Over betul aku. Wawawa

Lepas habis dia explain dan aku pun dah kembali tenang *sebelum tu aku ala-ala orang histeria sebab seronok punya pasal *, Sarah dah mula plan nak buat kejutan untuk budak-budak group yang lain. Seperti yang dirancang, aku dengan konfiden masuk group terus taip bagitau ada salah sorang dalam group tu nak kawen dan masa yang sama Sarah pun join pura-pura tak tau dan desak aku bagitau sapa yang nak kawen tu *padahal dia sendiri yang nak kawen.kih3* Automatik waktu tu post tu dapat bejela-jela komen. List notifications sampai terkeluar dari screen. Tapi memang semulajadi dah, kalau sebut pasal kawen memang akan bejela-jela komen. Kui3. Tak cukup dengan FB, phone aku pun jadi sama busy. Mesej sampai dan soalan yang sama ‘Cakap la sape nak kawen tu. Pleaseeeeee.’ Agak lama jugak lah aku suruh dorang main teka-teka. Dan akhirnya aku reveal benda sebenar. Sumpah meriah gila group malam tu lepas tau benda sebenar. Tak menang tangan reply komen. Siap naik post ‘Yeay tak sabar nak ada anak buah Fiksi yang pertama!.’ Memasing pakat chop dah nama untuk anak Sarah panggil nanti. Well, aku dah chop Acik Dila. Ahaha. Pastu ada jugak yang cakap ‘Eh raya tahun depan entah-entah pakat jadi uncle ngan aunty dah. Kena siap duit raya.’ Oh rasa comel gila dapat anak buah first Fiksi :’) Havoc sangat situasi malam tu. Orang dalam group tu adalah insan-insan pertama yang tau pasal Sarah nak kawen. See how close we are? :) Sarah bagitau kitorang dulu sebelum orang lain dan malam tu Sarah bagitau aku ‘Dila, aku happy sangat malam ni bila tengok semua orang seronok dan doakan kebahagiaan aku.’ Oh well aku yang dah sedia ada over bab-bab feeling ni memang rasa nak nangis lepas Sarah cakap macam tu T___T

Oh bakal suami Sarah tu jiran kepada nenek Sarah dekat kampung. Lepas dapat tau pasal kes jiran tu, terus aku, Nanie, Lieza ngan Myny pakat-pakat tanya jiran siapa lagi yang available. Ahahaha. Rasa macam comel pulak kawen dengan jiran. Eh? :P Jiran aku semua kecik-kecik lagi. Aish. Ahaha :P Sarah cakap dia tak tunang dah sebab berebut masa. Yalah, mana dekat nak puasa la, raya la. So dia cakap sekali harung je semua. Lagi senang macam tu kan? Jimat masa, tenaga, belanja pun jimat. Tarikh keramat: 25 Ogos 2012 bersamaan 7 Syawal 1433H. Majlis di Bintulu, Sarawak. Start malam tu masing-masing asyik countdown tunggu tarikh tu. Excited punya pasal.

Macam tu la secara ringkasnya cerita pasal moment Sarah bagitau dia nak kawen. Ni kira sehabis ringkas, kalau nak cerita satu-satu alamat sampai esok pun tak habis. Aku cerita yang penting-penting saja. Hehe. Nak tau macam mana Sarah boleh cakap ‘Ya’ lepas dilamar oleh Hafiz boleh klik disini. Lamaran yang bukan biasa. Perkongsian rasa juga yang bukan biasa :’)

Okay, next entry aku akan cerita pasal wedding day pulak. More wedding pictures for sure! :D

One thing to know: They never knew each other until Sarah was 21 and Hafiz was 25. This is what we call LOVE AFTER MARRIAGE :)

To be continued. Assalamualaikum.





Tuesday, July 24, 2012

random

Assalamualaikum :)

Setelah berbulan duduk goyang kaki makan tidur bangun tengok tv lepas tu sambung online macam orang kaya sangat dah, sekarang dah sampai masa terpaksa membusykan diri urus semua benda-benda untuk masuk degree. Dah rasa dah berserabut sebab tak tahu dah nak buat yang mana satu dulu T____T





Alhamdulillah syukur, dapat first choice. Masa tengok course tu dah tersengih lepas tengok tempat sengih terus hilang. Mak ai, dari Perlis terus kena campak ke Selangor nuh. Aku bajet nak dapat Arau balik tapi memang Arau dah tak sudi nak kutip aku gamaknya -.- Tapi tak apa, mungkin dah sampai masa untuk belajar hidup sendiri pulak. Positif. Insya-Allah, everything will be fine. Hai hai hai hai Puncak Alam! XD

Sekarang ni aku dah dapat balik penyakit stress. Hohoi banyak betul benda nak kena settle sampai kena buat checklist. Dari sekecik-kecik benda sampai ke sebesar-besar benda semua aku letak dalam list dan hasilnya aku dapat satu checklist yang sangat panjang sampai dah tak tahu nak buat yang mana dulu T_____T

Celah-celah ni jugak la aku gedik belajar tengok Running Man. Dulu time kat Arau orang tengok aku buat tak tau je sebab macam tak paham tapi hari tu sebab tertengok iklan RM kat Astro ada Park Ji Sung, aku dengan eksaitednya tengok. Akibat satu episod tu, sekarang dah jadi peminat tegar RM dah :|



Saturday, July 14, 2012

Selamat Hari Lahir Bakal Puan :)


Assalamualaikum :)

14 Julai 2012: Happy Birthday Sarah! Semoga murah rezeki, bahagia & sihat selalu. Semoga hidup sentiasa dirahmati, diredhai&dilindungi Allah SWT. Insya-Allah. Apa pun jadi, aku tetap sayang hang dunia akhirat. Aku doakan hang berjaya dan bahagia dunia akhirat. Terima kasih sebab jadi kawan yang awesome! Terima kasih sebab selalu teman aku jadi meroyan gelak senyum depan laptop sorang-sorang dengan muka putih melepak. Aaaaaa rindu nak buat macam tu lagi! T_____T

Dear Sarah, be a good caliph of Allah, a good ummah of Rasullullah, a good daughter to your parents, a good sister to your siblings, a good wife to your future husband, and a good girl here and hereafter, Insya-Allah. I Love You! <3




Okay, aku sangatlah teruja taip entry ni sebab ni last Sarah sambut birthday sebagai seorang Cik. Insya-Allah, tahun depan sambut birthday dengan title Puan. 14 Julai 2013 sambut birthday dah ada suami dah. Woot woot :P Memang aku yang excited lebih sebab first time ni best friend nak kahwin. Sebelum ni tengok orang kahwin rasa biasa saja tapi once best friend sendiri cakap dia nak kahwin, terus rasa semacam. Aku siap ketuk-ketuk kepala bila dia cakap dia nak kahwin sebab takut tengah mimpi -.- Ya, bila kawan baik dunia akhirat anda bakal berkahwin, secara automatik anda akan rasa nak kahwin jugak. LOL.

Nak baca kisah kahwin Sarah tunggu lepas raya ni eh. Tak boleh cerita sekarang, tak surprise. Hehe. Insya-Allah aku update taip panjang-panjang nanti mengalahkan pengantin sebab nak tunjuk tahap teruja aku sebagai kawan pengantin. Ahaha. Sarah, tolong lantik aku sebagai Official Blogger untuk wedding hang nanti please. Amboi Adila, tak malu betul offer diri sendiri. LOL.


Sunday, July 1, 2012

Happy Birthday I&S!


Assalamualaikum :)

1 Julai 2012. Dear Farieza Diana Rooslan, Happy 21st Birthday! *insert efek bunga api kat sini* Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan happy selalu. Apa pun yang jadi lepas ni, stay strong! Live your life to the fullest okay? Aku doakan hang berjaya dunia akhirat, Insya-Allah. Terima kasih sebab jadi kawan yang baik, terima kasih sebab bagi kenangan yang sangat banyak, terima kasih untuk segala gelak sampai tak ingat dunia. Walaupun kita dah tak boleh nak balik jadi macam dulu lagi, sekurang-kurangkan kita ada banyak kenangan yang takkan hilang sampai bila-bila kan? Bila ingat balik semua tu, bila tengok balik all those videos and pictures, aku automatik akan senyum dan gelak sorang-sorang. Aku takkan dapat lupakan orang-orang yang buat aku senyum dan gelak dan hang salah sorang dari orang-orang yang masuk dalam list Adila’s Girlfriends-Till-The-End. Thanks for everything :')




11 Februari 2012 tarikh gambar ni diambil. Yeah, it is on my birthday. Sekarang aku letak gambar ni dalam ni on your birthday. Ni hadiah aku untuk hang. Dua-dua orang dalam gambar tu sekarang dah officially 21 tahun. Nanti Insya-Allah kalau dipanjangkan umur, one day aku akan buka dan baca balik semua ni dan aku sangat sure aku akan tesenyum lagi macam sekarang :’)

  • Rasa macam baru semalam aku tulis entry ni jadi hadiah birthday ke-20 hang. Sekarang aku tengah buat benda yang sama lagi cuma sekarang 20 dah tukar jadi 21. How fast time flies.
  • Rasa macam baru semalam kami lari lintang pukang malam-malam kelam sebab plan nak baling tepung dekat hang bertukar jadi vice versa. Hang yang sibuk baling tepung dekat semua orang dalam kelam -.- Waktu tu jantung dah serupa orang masuk Amazing Race je gayanya, jantung macam nak melompat keluar dari badan sebab takut dan luckily aku berjaya escape dengan jayanya *muka bangga* Hihi.
  • Rasa macam baru semalam aku dengan Fiza ambil risiko merempit dalam UiTM sambil tutup muka dengan kad birthday besar gedabak yang Diyana buat sebab nak lari dari kena baling tepung. Tu salah satu moment ngeri sebab kalau jatuh aku tak boleh bayang apa akan jadi tapi sekarang moment tu dah jadi moment yang boleh buat senyum. Hey, ingat senang ke nak merempit dalam UiTM malam-malam cenggitu? Argh, kenapa tahun ni dah tak boleh buat macam tu lagi?
  • Rasa macam baru semalam kami bagi amanah dekat hang suruh jaga the little Sammy. Aku ingat lagi macam mana reaksi hang bila kami ketuk pintu bilik lepas tu bagi Sammy yang super cute tu dekat hang. Argh, susah nak percaya semua tu jadi setahun yang lepas. We hope he’s fine with you now. And yes! Tolong wish dekat Sammy : Happy 1st Birthday! Stay cute! Rasa macam comel pulak Sammy pun sambut birthday. Heh. *Thats why tajuk entry ni Happy Birthday I&S. Stand for Ieja and Sammy* Hikhik. 


Happy 1st Birthday Sammy!


Again, Happy Birthday Ieja. May GOD bless you always. Miss you and love you! XOXO :)




Thursday, June 28, 2012

Astro PVR : The Introduction


Assalamualaikum :)


Tajuk entry tak menahan -.- Pertama kali tengok iklan Astro PVR ni rasa macam scary gila tengok orang ada kepala bentuk button play, pause etc etc macam tu. Aku selalu bayang orang berkepala button tu jalan dalam gelap sambil lambai-lambai -___- Waktu tu jakun lagi, tak tau pun apa menatang Astro PVR tu. Lepas godek-godek baru la tau betapa ohsemnya Astro PVR tapi sayangnya hanya mampu tengok beliau dalam iklan orang berkepala button sebab mahal nak mati nak install Astro PVR waktu tu T__T Memandangkan aku ni selalu berpegang dengan falsafah ‘berangan selagi mampu, mana tahu impian jadi kenyataan’ maka aku dengan gigihnya selalu membayangkan betapa indahnya hari-hari aku kalau ada Astro PVR ni dekat rumah :’)

Aku rasa aku akan terus berpegang dengan falsafah tu sebab seminggu sebelum Euro start, orang Astro call abah aku dan telah meng’offer’ installation Astro PVR for FREE. Astro PVR dengan rasminya dah jadi sebahagian dari keluarga aku sekarang :’) Secara percuma. Menangis lagi sekali :’) Astro dengan percuma ni jarang tak pernah ada dalam satu ayat yang sama sebab tu la rasa macam nak menangis bila tengok uncle Astro tu datang rumah dan dengan gagahnya panjat tangga dan menggantikan belanga Astro yang sedia ada dengan belanga yang baru lepas tu bagi seketul decoder Astro PVR yang baru tanpa minta apa-apa bayaran. Apa yang abah aku perlu buat hanyalah bagi direction sebab uncle tu macam blur nak cari rumah pelanggan yang menikmati tawaran percuma Astro PVR yang seterusnya *amboi kemain ayat* Suppose sebelum Euro dah datang tapi uncle tu cakap ramai sangat yang nak pasang benda alah ni *benda free sapa tak nak woi* maka selepas seminggu Euro start baru uncle datang pasang. Lambat pun lambat lah, asalkan uncle tak lupa pada janji. Kihkihkih. Kenapa Astro PVR awesome? Next entry aku akan bagi sebab beserta huraian lengkap kenapa beliau sangat awesome. Hihi.

Eloklah, Euro dah nak habis dah pun plus decoder PVR pun dah berhabuk baru nak apdet cerita pung pang pung pang -___- 


Friday, June 8, 2012

Welcome Euro 2012!


Assalamualaikum

Kisah panjang World Cup & Euro seorang tukang taip.

World Cup 2006 à Tukang taip berumur 15 tahun pada tahun 2006. Sebagai seorang pelajar yang belajar di sekolah menengah di Malaysia maka secara automatiknya tukang taip telah termasuk dalam senarai Calon PMR 2006 :’) Atas sebab itu, tukang taip dilarang sama sekali untuk bangun awal pagi sebab dikhuatiri tukang taip akan tidur dengan nyenyaknya tanpa rasa berdosa di dalam kelas keesokkan harinya. Keadaan pada tahun itu: 8A itu sangat penting. Akan tetapi, tukang taip ini memang fames dengan perangai ketegaq *read:degil* Apa guna jadi remaja kalau tidak berlagak berani sekali sekala katanya. Maka, tukang taip dengan perasaan berlagak beraninya telah beberapa kali membangunkan dirinya awal pagi untuk curi-curi tengok  bola dengan volume tv yang sangat perlahan sampaikan kena sua telinga dekat-dekat dengan tv baru boleh dengar suara commentators :’) Tukang taip juga sangat berharap yang abah dengan maknya tidak bangun untuk ke tandas dalam masa 2 jam game berlangsung.

Ganjaran yang tukang taip dapat tahun itu adalah: Tukang taip telah berjaya untuk menonton aksi tanduk menanduk Zinedine Zidane waktu game final yang jarang sekali berlaku. Tukang taip selalu tengok player tanduk bola sahaja, belum pernah tengok player tanduk player lagi sebab tu lah tukang taip jadi agak jakun disitu. Bravo Zidane! 

Euro 2008 à Tukang taip berumur 17 tahun pada tahun 2008. Sebagai seorang pelajar yang belajar di sekolah menengah di Malaysia maka secara automatiknya tukang taip telah termasuk dalam senarai Calon SPM 2008 :’) *Note: ayat-ayat selepas ini akan membuatkan anda merasa seolah-olah anda sedang mengalami dejavu. Read at your own risk* Atas sebab itu, tukang taip dilarang sama sekali untuk bangun awal pagi sebab dikhuatiri tukang taip akan tidur dengan nyenyaknya tanpa rasa berdosa di dalam kelas keesokkan harinya. Keadaan pada tahun itu: 10A1 itu sangat penting. Akan tetapi, tukang taip ini memang femes dengan perangai ketegaq *read:degil* Apa guna jadi remaja kalau tidak berlagak berani sekali sekala katanya. Maka, tukang taip dengan perasaan berlagak beraninya telah beberapa kali membangunkan dirinya awal pagi untuk curi-curi tengok  bola dengan volume tv yang sangat perlahan sampaikan kena sua telinga dekat-dekat dengan tv baru boleh dengar suara commentators :’) Tukang taip juga sangat berharap yang abah dengan maknya tidak bangun untuk ke tandas dalam masa 2 jam game berlangsung.

Ganjaran yang tukang taip dapat pada tahun itu adalah: Tukang taip telah melompat dalam keadaan sopan santun tanpa suara sambil makan Pringles meraikan kejayaan Sepanyol dan meraikan kehenseman Alonso :’)

World Cup 2010 à Tukang taip berumur 19 tahun pada tahun 2010. Tukang taip tidak lagi bergelar pelajar sekolah. Tukang taip sudah dewasa *lap air mata* Tukang taip telah mengupdate statusnya menjadi pelajar universiti yang tengah bercuti semester dua bulan semasa Piala Dunia 2010 sedang berlangsung dan dengan eksaitednya tukang taip telah berwaka waka bersama Shakira *clap clap clap* Tukang taip sangat berharap yang panas sampai ke petang tetapi sayangnya hujan ditengah hari. Cuti semester tukang taip berakhir seminggu sebelum Piala Dunia berakhir :’) Tukang taip menghabiskan cuti semester menonton hampir kesemua game dalam group stage, quarter-final dan semi-final tetapi menuju ke final tukang taip berlagak cool dengan falsafahnya waktu itu: belajar lagi penting, ayuh kembali ke kampus! Malangnya, tukang taip sudah tidak berdaya lagi untuk berlagak cool apabila team yang masuk final world cup waktu itu adalah Sepanyol. Tukang taip mahu berlagak berani sekali lagi dengan menonton final keseorangan di bilik tv kolej sambil ditemani setin nescafe dan sebungkus twisties perisa bbq *downgrade dari pringles jadi twisties sebab twisties lagi murah: kalau anda faham maksud tukang taip, anda sememangnya seorang pelajar yang berusaha untuk tidak menghabiskan duit belanja sewenang-wenangnya dengan membeli keropok yang mahal* :’) Cubaan untuk tukang taip berlagak berani waktu itu gagal kerana dalam kepala otak tukang taip terbayang kalau-kalau ada ‘fans Netherlands yang tidak diundang’ waktu itu datang untuk tengok game sama-sama dengan tukang taip dan seterusnya mencetuskan keadaan yang tidak diingini. Kehidupan di asrama penuh dengan makhluk tak diundang *kalau anda faham maksud tukang taip sekali lagi, anda sememangnya seorang pelajar yang pernah/tengah duduk di asrama* Waktu itu tukang taip sedar yang tukang taip hanya pandai berlagak berani dirumah, tidak di asrama :’) Tukang taip tidak tahu apa motif dia tetap berkira-kira mahu pulang ke rumah minggu itu padahal kalau balik pun tukang taip tetap tidak dapat menonton game final atas sebab game final pada awal pagi Isnin dan bukan pada awal pagi Ahad. Mungkin tukang taip dapat rasakan yang dia sudah cukup berpuas hati dapat balik ke rumah dan dapat tengok decoder Astro :’) Tukang taip telah berjaya balik ke rumah minggu itu dan berjaya juga tengok game final. Keadaan berbeza waktu itu kerana tukang taip tidak perlu lagi sua telinga dekat-dekat dengan tv untuk mendengar suara commentators dan tidak perlu lagi berharap yang abah dengan mak tukang taip tidak bangun untuk ke tandas kerana tukang taip menonton game ini dengan abahnya sambil ditemani keropok sira kelantan dan teh panas. Eh? Rupa-rupanya tukang taip telah TER’ponteng’ kelas pagi hari Isnin :’)

Ganjaran yang tukang taip dapat pada tahun itu adalah: Tukang taip telah bersorak riang dengan suara sendiri meraikan kejayaan Sepanyol dan meraikan kehenseman Alonso sekali lagi walaupun Alonso telah di’kung-fu’ kick oleh salah seorang player Netherlands. Tahun itu juga disebabkan kewujudan Facebook, tukang taip sudah boleh mengupdate status di Facebook juga tentang kemenangan Sepanyol. 

Euro 2012 à Tukang taip berumur 21 tahun. Tukang taip juga tidak lagi bergelar pelajar universiti kerana tukang taip sudah habis belajar dan tukang taip secara official available untuk menonton kesemua game Euro kali ini :’) Buat pertama kalinya boleh tengok dalam keadaan bersenang-lenang dengan hati yang penuh gembira ditambah dengan suasana yang ceria sambil ditemani Pringles semula. Tiada lagi 8A, 10A1 ataupun makhluk-tidak-diundang-di-asrama mahupun niat-untuk-terponteng-kelas mengganggu pemikiran tukang taip. Tukang taip sangat berharap agar dapat meraikan Sepanyol dan kehenseman Alonso tanpa jambangnya sekali lagi :’)

Panjangnya 0_0 Ada tak contest ‘Ceritakan Kisah Euro atau World Cup Anda’? Aku rasa macam nak masuk -.- By the way, best of luck Spain! Dan Alonso, tolonglah buang jambang kau. 



Viva Espana !


Review Senyum Sampai Langit & Nah, untuk Awak!


Assalamualaikum

Entry review yang tertangguh sekian lama. Sesungguhnya hang tau dak yang procrastination is the thief of time wahai Adila? *chewah* Sebab dah tak mau bagi si procrastination tu jadi pencuri lagi, maka aku dengan bersemangatnya nak update review Senyum Sampai Langit & Nah, untuk Awak! Cekidaut yaww!

  • Senyum Sampai Langit by Syasyaja *berbelit lidah nak sebut* aka Bulanhijau



Bukan takat senyum sampai langit, aku senyum habis tembus sampai ke bulan bintang semua baca cerita ni. Kalau nak suruh describe tahap seronok memang sampai esok pun tak habis gamaknya. Bila dah baca, aku yang terer berangan ni dan dan tu jugak berangan nak dapat *suami* yang macam Aqil. Wawawa. Note: Nanti bakal Encik Suami jangan lupa main tulis-tulis nota tau. LOL XD

“Kalau kita bercinta sebelum kahwin, mestilah kita selalu jumpa, mesej, call sampai berjam-jam. Kadang tu macam terlupa batas pergaulan.” Jeda. “Apabila dah kahwin nanti, dah takde apa yang kita nak sharekan dengan dia sebab semuanya kita dah tau. Perkenalan kita macam dah lemau, dah takde yang special.”
“Kalau bercinta lepas kahwin?”
“Apabila kita tak kenal dia, dia pun tak kenal kita, masa tulah terbitnya rasa manis perkenalan kita. Kita ada banyak yang nak diceritakan, dia pun macam tu. Lagipun, lepas kahwin semuanya halal.”
“Kiranya awak nak cakap yang bercinta dengan saya tu manislah?”
“If and only if we get married.”
“Awak nak kahwin dengan saya? Kalau nak esok saya hantar rombongan meminang.”

Cerita ni sangat comel! Nak hadiahkan 10/10 bintang bagi dekat Cik Bulanhijau! Up lagi 1 bintang sebab Cik Bulanhijau baik hati komen dekat entry ini! *eceh nak jugak mention kan :P* So, SSL dapat 11/10 bintang. Eh? Ahaha :D

p/s : Curious gila nak tau pasal Arep dengan Eva. Harap ada SSL version 2 pulak lepas ni :D Go go go Cik Bulanhijau!


  • Nah, untuk Awak! by Nirrosette



Nah, untuk Awak! disebut hanya sekali dalam novel ni dan disebut masa si lelaki bagi something dekat si perempuan yang buat aku tekedu 5 saat pastu tiba-tiba rasa T_T Baca novel ni memang bukan setakat baca saja-saja tapi banyak sangat benda yang dapat belajar. Baca dan dapat ilmu :’) Siapa cakap baca novel buang masa dan tak dapat apa-apa meh sini duduk depan aku, aku nak tolong bacakan novel ni kat hang! *emo ni emo* 

“I’m not good at sweet talking, Najiha. But I can assure you that I’m a man of my words. I don’t break promises and I don’t go around breaking people’s hearts but… If you marry me Najiha, I can’t guarantee you paradise. But I can ascertain that we’ll work together towards it. ‘Cause if you’re willing to walk with me, Najiha… I’d be more than willing to guide you insya-Allah.”

Okay, melting tahap tak ingat bila baca novel ni. Good job Nir! 10/10 bintang untuk Nah, untuk Awak!

p/s/s: Wish Eid tu ada sibling lelaki sepupu sepapat anak buah or whatever asalkan lelaki. Bak mai sorang XD
p/s/s/s: Nir, congrats jadi Duta Bulan Bahasa 2012 Singapura! 


Oh ha, Cik Bulanhijau & Nirrosette sekarang ni penulis dalam The Awesome *sila klik* Sangat cool bila 5 orang penulis bergabung dalam 1 cerita dan you never know what is going to happen next *tiap kali tunggu entry baru mesti aku jadi takut sebab kesian dekat penulis seterusnya walaupun aku langsung tak terlibat tapi tolong wakilkan takut apa salahnya kan? LOL*



Have a nice Friday everyone! Assalamualaikum :)

Friday, May 18, 2012

Bulanhijau & Nirrosette

Assalamualaikum :)

Hhhhnnnngggggggg Cik Bulanhijau & Nirrosette approve friend request gua! Pastu pastu pastu siap balas and like wallpost lagi *lompat bintang* Yayayayaya seronoknya! Over tau minah ni kalau excited. Nasib takda sesapa dekat sebelah, kalau tak mesti orang tu makan penampar aku free free. Aku ada habit akan tampar sesapa saja yang ada kat sebelah time aku excited. Tampar yang betalu-talu sampai senget senget muka orang sebelah tahan sakit -.-!



Sangat cool okay bila hari-hari baca cerita dalam belog dorang pastu tetiba cerita dalam belog tu jadi novel. Aku follower tegar belog dorang sampai boleh ulang-ulang baca cerita dalam tu beratus kali dan tetap senyum sengih macam tak pernah baca je gayanya. Kuikuikui. Maybe ada akan cakap tak cheesy sangat pun cerita dorang tulis tapi untuk aku dah lebih dari cukup. Cheesy sangat pun nanti geli pulak baca ye dak? Heh. Nah, link belog mereka.

http://bulan-hijau.blogspot.com/ : Beautiful Nights tu dah didelete separuh sebab dah jadi novel. So nak tau cerita penuh pegi beli Senyum Sampai Langit :D *masa mula-mula baca terus tepikir mesti Cik Bulanhijau ni ambik tajuk dari lagu Marry You by Bruno Mars tu. Memandai je teka* -.-

http://cintafinespun.blogspot.com/ : Cerita Kaseh dah jadi novel Ikhlas A.K! & Cerita Najiha dah jadi novel Nah, untuk Awak!. Beli tau beli tau XD Baru tau Nirrosette tu baru 19 tahun. Adik lah kiranya. Hai adik Nir. Kehkehkeh. Tapi gaya dia tulis sangat awesome! Tak macam 19 tahun pun. Cepat pegi beli Ikhlas A.K! dengan Nah, untuk Awak!

Ikhlas A.K! memang awesome! Nanti bila dah habis baca Senyum Sampai Langit dengan Nah, untuk Awak! aku buat review lagi. Still menjadi penunggu tegar posmen lagi sekarang. Esok mintak-mintak sampai. Amin.

Baru semalam apdet cerita pasal dorang, hari ni apdet lagi. Kalau teruja aku memang jadi macam ni. Huk. Oh ha, dorang sangat friendly. Chewah gaya taip macam penah jumpa je kan. Jumpa dalam FB kira jumpa la tu XD Ehem. Aku harap satu hari boleh jumpa dorang plus Syud sekali :P Teringin gilak! Keep on writing girls! :DDD Aku ada kawan novelis dalam FB, kau ada? LOL XD


Thursday, May 17, 2012

rumah baru yawww


Assalamualaikum :)



Eh novel dah ada rumah baru. Makaseh Mak sebab murah hati beli rumah baru bagi kat novel-novel ni. Heeeee. Dulu novel ni takda rumah pon, habis kena debu hujan panas semua :’) Kalau tuan rajin maka cantiklah kulit dia, kalau tuan malas bedebu 4 inci pun langsung tak ambik kisah. Sekarang dah tak payah risau dah. Yeay dah tak payah kena lap novel dah. See macam mana dedikasinya aku? Kalau orang kaya tiap-tiap pagi lap barang antik, aku yang tak berapa nak kaya dan ke arah  miskin ni lap novel saja yang mampu :’)

Susun balik pastu letak novel Alaf 21 dengan Kaki Novel belakang-belakang sikit. Huk. Dulu time sekolah tau beli novel jiwangssss je semedang. Sekarang bila ingat balik macam malu pun ada oh kecik-kecik dah pandai ni beli bahan bacaan jiwang-jiwang. Tak padan baru 15 tahun -.- Nasib baik sekarang dah sejak dimamah usia ni *ehem 21 baru* dah tau geli pulak nak baca ayat jiwangsss sangat. Lucky me. Kalau tak aku agak boleh dah kot karang sajak barang serangkap dua sebab overdose ayat-ayat jiwang ye dak?

Sekarang ni aku focus more on JS novels. Eceh ayat focus tu tak menahan tu. Tak layan dah der novel jiwangssss. Eheh. Meh aku nak jadi promoter tak berbayar JS. Kalau anda-anda nak baca novel or teringin nak baca something which is not just baca-untuk-suka-suka, sila lah beli novel dari JS. Believe me, you’ll learn  something from it. Kalau tak banyak pun, akan ada sikit yang terkesan di hati :’) Akan ada part dalam novel tu yang bila baca rasa ‘nah ambik kena setepek dekat muka sendiri’ pastu terus tanya diri sendiri ‘dah tu tamau buat apa-apa ke nak bagi yang kena setepek dekat muka tu hilang?’ :’) Tapi kalau baca novel Hlovate bukan setakat setepek tapi betepek-tepek yang kena dekat muka sendiri T__T

Sekarang ni jugak officially tengah jadi penunggu setia abang posmen. First time ni beli novel online sebab dah tak larat oi pi tayang muka dekat Popular tu ha cari 2 novel ni. Susah betul nak jumpa T__T Senyum Sampai Langit + Nah, untuk Awak! cepatlah sampai. Tak sabar nak senyum sampai langit dah ni :D

Habis degree nanti nak apply kerja dengan JS la. Nak jumpa Syud suruh bawak jumpa Adil XD


Friday, April 27, 2012

Hello Convocation Day !


Assalamualaikum

Jumaat yang penuh senyuman. Alhamdulillah. 3 tahun aku tunggu nak tengok result yang aku nak, akhirnya final semester result tu datang jugak dekat aku. Lama I tunggu you tahu :’) Hilang segala penat lelah letih study bila tengok mak abah senyum walaupun aku jadi anak dara tak sedar diri belari-lari pi kejut mak dia yang tengah tidur bangun pukul 1 pagi. Haih kurang adab disitu. Tak reti nak control perasaan betul la bila happy. This result is for both of you, mak abah <3

Aku pemalas. Aku tak rajin study. Banyak masa kat UiTM tu aku habiskan dengan tidur tidur makan tidur dan tidur. Study pun bila dah masuk study week, tu pun dan lagi tidur konon-konon penat study nak baring la sat sekali eh eh dah petang laaaaa -.- So memang lah sangat unexpected untuk dapat result macam ni. Bila ingat balik hidup aku time study week lepas, memang amazing sampai kalau makcik-makcik tengok gaya hidup memang hilang kualiti makcik-makcik tu nak ambik jadi calon menantu. Huahuahua. *Perasan sungguh. Makcik-makcik tu tak tahan. Ramai betul calon mak mertua? Haha* Lepas subuh baru tidur dan paham-paham lah pukul berapa baru nak bangun. Ngaaaaa. Tu la, orang suruh study awal, ni dah dekat exam baru tehegeh-hegeh nak study. Padan muka -.-

Aku bukan calon ANC ye kepada sesiapa yang meneka tu, tekaan anda tak tepat. Dah awal-awal say goodbye dekat mister ANC sebab semester 1&2 aku bukan dalam Dean’s List pun. Salah sendiri sebab main-main dan sebab homesick jugak. Hukhukhuk. Since dah telepas ANC, haruslah ada misi baru. Misi seterusnya nak First Class Degree. InsyaAllah. Moga dipermudahkan. Apa yang best dengan result kali ni bila boleh tambah ayat say Hi to Convocation Day. Tak sabar nak jumpa awak tahu :’) Nak kena hafal balik ni lirik lagu UiTM Dihatiku & Wawasan Setia Warga UiTM. Gila semangat ! Ahaha.

Rezeki DBS Batch July 09 kot result kali ni. Paling teruja tengok result Research Methodology. Killer paper yang akhirnya jadi paper yang bawak senyum lebar untuk semua. Thank you madam ! Same goes to International Business. Aku jawab paper last ni dalam demam dan batuk. Aku keluar awal setengah jam sebab dah tak tahan sangat batuk plus akan ganggu orang lain kalau aku dok dalam hall tu lama-lama. Sudah buat check then terus keluar. Dalam hati, lulus pun jadi la sebab dah tak larat sangat dah time tu. Pikir nak balik rumah ja since paper IB tu paper last memang hati dah sampai rumah dah. ETR paper penuh dugaan. Macam mana report kena reject then kena buat balik dalam masa study week, memang salah satu dugaan yang mencabar hati dan perasaan. Nasib baik aku tak gila. Selling lagi satu. Haih dalam kelas berangan memanjang, menguap setiap minit. Kalau nak bagi peratus aku belajar dengan berangan dalam kelas ni boleh kata 99% berangan 1% belajar. 

Sangat-sangat lah tak expect nak dapat result best untuk semua subjek semester ni. But it happen at last. Alhamdulillah. Finally, I met Mister Flat at the end of my Diploma journey. It’s a tough journey but its turns to be a sweet memorable journey at last. Thank you UiTM Perlis :’)

Sebelum check result orang risau aku boleh dok syok macam apa ja sebab Astro bagi tengok semua channel for FREE untuk 10 hari ! Suppose time tu aku kena risau sebab result ni penentu aku boleh grad on time atau tak tapi boleh pulak dok syok sebab Astro -.- tapi chooooiii ah Astro ! Kenapa kau bagi semua channel free EXCEPT First ???! Kenapa???? Iskkkkk T___T


Sekarang baru boleh officially cakap 'KAMI DAH HABIS DIPLOMA'


*Attention to Acerap, boleh tuntut belanja makan dari aku kalau hang baca ni. Kalau tak baca, nasib hang la. Huahuahua*


Monday, April 23, 2012

Belajar Bersyukur


Assalamualaikum 

1. Kisah Satu

Aku sangat jarang tengok Majalah 3 except kalau tengok iklan ada cerita yang menarik macam bila ntah ada tunjuk pasal Harimau Malaya dan aku dengan semangatnya tengok sebab nak tengok Fadhli Shas -.- Tu la last aku tengok Majalah 3. Sabtu lepas aku tengok, lebih kepada tertengok sebenarnya sebab  tak tahan dah dok melangut hadap game Arsenal vs Chelsea yang over boring. Ada cerita pasal Badang Kinabalu. Sapa yang tengok mesti impress macam aku impress kat pakcik tu. Aku impress tapi dalam masa yang sama kesian sangat tengok dia. Dia ambik upah angkat barang naik sampai puncak Gunung Kinabalu tu. Contoh macam si pendaki ni tak larat nak angkut beg dia naik atas puncak so dia boleh upah pakcik tu tolong bawakkan. Mula-mula aku jadi emo eh eh eh, kau nak naik, kau lah bawak, kenapa suruh pakcik tu pulak bawak ? Kesian tahu ?

Tapi bila tengok balik tu la kerja pakcik tu buat hari-hari untuk cari duit, cari rezeki untuk family dia. Hari-hari okay T__T Imagine la yang naik just bawak badan sendiri pun dah temengah-mengah ni kan yang naik bawak segala beban atas belakang. Kesian tengok pakcik tu. Huuuuuu. Pakcik tu boleh pikul kayu, segala tong air yang besar gedabak yang berat 50kg dan macam-macam benda lagi lah. Tabik kat pakcik ! Pastu time stop rehat wartawan tu sembang-sembang tanya soalan then tiba-tiba pakcik tu bawak keluar sampul. Dalam sampul tu ada gambar family dia. Hari-hari dia bawak sampul tu buat bagi semangat dia kerja, bagi semangat dia naik sampai puncak :’) Dia cakap tak ada sorang pun tau pasal tu, wartawan tu la orang first yang tau. Mata aku dah betakung dah time tu, kesian sangat tengok dia kerja teruk. Kerja yang tak sesuai untuk orang umur 54 tahun.

Perempuan, emo. Sikit-sikit nak betakung, sikit-sikit nak sedih. Tengok tu pun sedih. Hoi, sungguh tak ada hati orang yang cakap macam tu. Kau imagine ayah kau kat tempat pakcik tu baru kau ada hati gamaknya. Memang aku emo, at least aku tau aku ada hati, ada rasa kesian kat orang. Tak dapat aku bayang kalau abah aku yang kat tempat pakcik tu, besusah payah cari duit untuk family T__T Most of the time, kita hanya nampak pengorbanan mak. Kita lupa yang ayah tu bekorban dalam diam untuk family dia, pengorbanan yang bukan sikit T__T

2. Kisah Dua

Aku dah jarang Facebook sebab nafsu dah tak ada bila tengok Facebook. Aku consider feeling tu sangat bagus untuk aku. Facebook pun dah deactivate sebab lagi 4 hari result keluar dan aku tak suka kena psiko dekat-dekat result nak keluar ni. Selalu over -.- Nanti result dah keluar InsyaAllah activate balik sebab dah bebas dari kena psiko. Kuikuikui.

Kerja aku sekarang jadi pelanggan youtube yang berjaya. Segala mak nenek semua aku tengok sampai lah semalam aku jumpa video ni




Actually, video ni dah betaun pun tapi aku je kot baru nak tengok. Hmmmm. Wei, teriak baq hang tengok. Teriak sungguh-sungguh ni. Airmata mencurah-curah ke ladang gandum. Hilang habis hensem. Wuwuwuwu. Ni cerita realiti wei, haruslah aku ada perasaan perikemanusiaan bila tengok. Umur 3 tahun dia dah kena tinggal dekat rumah anak-anak yatim. Umur 5 tahun lari sebab kena pukul dan kerja sebab nak sara hidup. Meh flashback kerja apa aku buat time umur 5 tahun : beli ding dang, beli alibaba, main kaler-kaler, tengok katun, makan keropok super ring. Ohhhh aku sungguh loser kalau nak dibandingkan dengan mamat korea dalam video tu. Umur 5 tahun dah kerja, hidup di jalanan, tidur dekat tangga kadang-kadang dekat public toilet, tak tau sapa mak ayah, sakit demam tanggung sendiri, homeless, ALONE. Tak boleh bayang macam mana dia lalui hidup macam tu dari umur 5 tahun sampai umur 22 tahun T__T Sungguh la bila tengok keadaan orang lain kita baru tau nak rasa besyukur dengan apa yang kita ada kan?


Aku jarang menangis sebab masalah sendiri sebab aku lebih suka makan time aku stress or time masalah mai betimpa-timpa. Dok kalut makan sampai tak rasa pun nak teriak -.- Sebab tu la kot aku lagi senang nangis time tengok-tengok benda macam ni. Tengok CSI Miami time Jesse mati pun aku nangis pastu siap boleh cakap sensorang ‘Jesse matiiiiiiiiiii’ padahal dah tau dah eleh tu cerita ja pon, bukan mati betul pun. Ia-ia ja aku nangis -.- Bayangkan kalau Hawkes dalam CSI NY mati, aku mungkin takkan tengok dah segala jenis CSI kalau jadi macam tu. Aku memang selalu over -.-

Thursday, April 5, 2012

HAPPY BIRTHDAY NURUL!


Assalamualaikum :)

This entry is dedicated to you, NURUL HUSNA BT OSMAN.

Dear you,

HAPPY BIRTHDAY budak tinggi ! *efek bunga api* :P Kak doakan Nurul panjang umur, murah rezeki & happy selalu. Be a good caliph of Allah, a good ummah of Rasullullah, a good daughter to your parents, a good sister to your siblings and a good girl here and hereafter. Semoga hidup Nurul dirahmati, diredhai & dilindungi ALLAH SWT selalu. Apa pun yang Nurul buat, kak sentiasa doakan Nurul bejaya dunia akhirat. InsyaAllah :)

Even though kita tak pernah pun jumpa face-to-face, I know you’re a good girl and I’m proud to have you as my sister. Tak kisah la macam mana pun cara kita kenal tapi Nurul salah sorang orang terhebat yang ada dalam hidup kak. Jangan sedih-sedih tau. Kak sayang Nurul selalu :)

So, enjoy la last birthday yang ada word ‘teen’ kat belakang sebab lepas ni InsyaAllah Nurul akan sambut birthday pakai nombor puluh pulak, tak dak dah belas-belas :D Dan lagi satu, tolong la jangan jadi tinggi sangat. Tegugat kedudukan ni. Mana satu kakak mana satu adik ? Haha.

Last but not least, sekali lagi kak nak ucap HAPPY BIRTHDAY SWEET 19 dear NURUL HUSNA. Have a blast.

Kadang-kadang kita tak pernah tahu akan ada orang akan hadir dan jadi sebahagian dari orang-orang istimewa dalam hidup kita. Yes, kamu adalah salah sorang orang yang tak disangka yang hadir dalam hidup saya dan jadi salah sorang yang istimewa tu :') ILOVEYOU.



p/s: Kak akan selalu doakan Nurul jumpa balik dengan ‘dia’ :P


Dari kakak dunia akhirat anda,

Wednesday, April 4, 2012

suara mencairkan hatiku :P


Assalamualaikum :)

Quick and short update.

Kerja aku 2-3-4 hari ni melangut depan laptop bukak youtube semedang. Bila dah klik sana pastu klik lagi sampai ke situ klik klik klik dan tejumpa ini. I don't know why but I think I'm falling in love with his voice. Ceh ceh ceh ceh. Nak tunjuk jatuh cinta dekat suara orang yang tak kenal sampai sanggup update blog ye? =.= Tapi memang jatuh cinta pun kat suara budak tu >.< Kena replay banyak banyak banyak kali la gamaknya kalau macam ni. Ke nak kena set auto replay?Isk.


p/s: suara budak lelaki tu tau yang mencairkan hatiku :P

Sunday, April 1, 2012

Poster Poster


Assalamualaikum :)

Officially 3 hari kat rumah tapi kenapa dah rasa aura-aura boring dah ni ? Macam mana nak betahan untuk 6 bulan ? T___T Okay, baik jangan merungut sebab aku dah tau sangat dah nanti bila cuti dah nak habis mesti bising 'Kenapa la cepat sangat cuti ni habis?'.

Memandangkan dah tak ada kerja sangat nak buat, aku dengan bangganya meng'offer'kan diri nak tolong adik aku buat poster kerjaya. Baik kan baik kan ? :P Tengok adik aku macam busy dengan homework la, tuisyen la so tak salah la aku yang duduk saja ni offer diri nak tolong. Kakak mithali :P Lagipun aku dah makan garam lebih bab-bab buat poster kerjaya ni sebab dulu time form 5 aku pun buat jugak benda yang sama dan dan dan menang no satu kau kategori Most Informative Poster. Jangan main-main. Ahahaha. Perlu ke mention benda yang dah lapuk? Eh mesti la perlu sebab tu la satu-satu petandingan yang aku masuk time sekolah menengah yang menang. Wawawa. Sadis betul =.=

So, dah belek-belek korek-korek idea semua aku dah dapat satu kerjaya yang agak best. Nak tau kerjaya apa aku buat, kena tunggu next entry bila dah siap poster :D Okay, nak kena mula kerja dah. Due date hari Khamis ni, so you better hurry Adila.

Salah satu sebab aku buat ni sebab aku rindu zaman sekolah riang ria dulu :')


Absolutely TRUE

Saturday, March 31, 2012

Selamat Tinggal Diploma


Assalamualaikum :)

Note : Entry yang panjang. Even though ayat-ayat kat bawah nampak macam sangat cliche but seriously I mean it.

Last entry 17 Februari 2012. Dah nak dekat 2 bulan >.< Semester last Diploma sangat sangat mencabar. Lagi dekat nak final exam lagi banyak dugaan datang sampai dah tahap nak menangis pun ada tapi Alhamdulillah aku ada semangat sampingan yang selalu buat aku rasa kuat. Terima kasih awak awak awak awak sekalian. You know who you are :)

Officially dah habis Diploma hari Rabu lepas. Tuhan saja yang tau macam mana perasaan kami waktu tu. First, of course la seronok sebab 3 tahun struggle untuk semua ni and lastly habis jugak Diploma. Second, sedih. Sedih yang bukan sikit. Boleh kira Rabu lepas hari menangis untuk aku. Habis paper International Business ada buat sesi snap snap pic untuk kali terakhir. Memang happening. Pastu dah habis snap snap mula la masing-masing meleleh-leleh temasuk la aku. Hey, kena torture sikit punya teruk time MMS aku cool tak menangis okay tapi Rabu lepas dengan hanya dengar ayat 'Aku mintak maaf' 'Halalkan semua okay. 0-0' 'Jangan lupakan aku' 'Jaga diri baik-baik' 'Hang kawan aku dunia akhirat. Kawan terbaik penah aku ada' aku terus menangis tang tu jugak T___T Susah nak describe feeling waktu tu. Mungkin ada yang akan cakap atau dah pun cakap 'Setakat habis Diploma tak payah kecoh sangat la'. Anda tak tahu dan takkan pernah tahu macam mana rasa tu jadi lebih baiklah jika anda diam :)

Dulu seriously aku terima tawaran jadi budak bisnes dalam keadaan terpaksa. Kenapa aku dapat course yang aku letak paling bawah dalam list? Kalau ikut logik memang course tu letak sebab tak tau nak pilih apa dah. Memang aturan Tuhan tu indah. Sekarang aku dah ada jawapan untuk soalan tu. My dear DBS July 2009-March 2012, being a part of you guys is one of the great things ever happen to me. Aku belajar macam mana nak jadi kuat, belajar jadi lebih bertanggungjawab, belajar macam mana nak gelak even masalah datang betimpa-timpa, belajar macam mana nak hargai orang sekeliling aku dan paling penting belajar rasa indahnya hidup bersahabat. Sapa cakap kami tak pernah begaduh? Kami pernah begaduh teruk sesama sendiri but with a simple sentence 'I am sorry' set us free. Mungkin dari begaduh tu jugak ajar kami jadi lebih menghargai sesama sendiri.

Dan telinga aku dah jadi pekak dengar ayat 'Bisnes course tak ada masa depan' sepanjang 3 tahun ni. Sila percaya kalau aku cakap bila aku cakap aku budak bisnes ada budak-budak 'course hebat' akan pandang dengan muka keji. Tak apa, kami semua dah biasa. Just nak cakap, siapa anda nak tentukan masa depan kami ? DIA lebih berhak. DIA dah aturkan yang terbaik untuk kami semua :)

Dear DBS girls, terima kasih sebab jadi kawan yang sangat awesome. Terima kasih untuk semua kenangan. Take care of yourselves and may your life will be blessed by HIM. Maybe aku bukan kawan yang baik tapi korang kawan terbaik pernah aku ada. Semoga kita semua ada dalam redhaNYA. InsyaAllah :')

Dear DBS boys, walaupun kita sangat lah jarang nak bertegur apatah lagi nak begelak ketawa sama-sama tapi sekurang-kurangnya kenangan tu tetap ada. Dan sangat best bila tau ada antara anda satu 'company' dengan saya. We're ONE UNITED yawww :D Semoga berjaya dunia akhirat. Do take care of yourselves.

Apa pun yang jadi lepas ni, kat mana pun kita tercampak lepas ni, sentiasa ingat kita pernah jadi kawan dan akan terus jadi kawan dunia akhirat.




Dari kawan dunia akhirat anda :