Saturday, October 2, 2010

exam mode :)


uh tiba-tiba semangat update blog nak tayang jadual final :D sungguh dah 2 sem ambik final, sem ni la jadual paling memuaskan hati. paper first start 2 minggu after study week. so plan terbaek adalah balik rumahku syurgaku start study week ni and datang balik uitm 26/10/2010. kalau nak balik pagi 27/10/2010 tu pun macam boleh je sebab exam petang tapi tak payah nak mengada ngada sangat la adila. sangat masyuk bila paper first paper BEL sebab tak payah study. saya pemalas oke. kalau nak study boleh je. study kamus yang kalau timbang kilo agak-agak boleh sampai 3 kilo tu tapi saya mengaku saya tak serajin tu =.= oh ya tak perlu study kamus tu sebab nanti exam BEL boleh je bawak masuk kamus dalam hall. uh heavennya study week saya :D balik study week usung buku QMT dengan CTU jela KOT. boleh ke nak baca buku CTU sambil tengok tv kat rumah?erks. study QMT mungkin boleh sebab tu satu satunya subjek yang AGAK saya suka sem ni. sebab tu je satu satunya subjek yang tak payah hafal fakta bepuluh puluh mukasurat =.= yang pasti buku ECO dengan MGT takkan bawak balik rumah study week ni sebab dah memang sure 100% takkan sentuh apatah lagi baca. syukur sangat sangat ada gap banyak hari untuk semua paper. sempat nak cover last minute :D ulang tayang semula : saya memang pemalas. nasib yang teramat baik final exam tak termasuk arab. kalau tak saya bakal terguling guling meraung raung tegolek golek dalam hall.


sekarang rasa macam nak lompat bintang sebab seronok next week TIAP TIAP HARI ada test. sukanya saya =.=



nak teguling tegolek bila tengok isnin ni ada test arab. setulus hati mengaku saya tak paham pun apa saya belajar pasal bahasa arab sebab bagi saya bahasa arab tu sangat susah. tengok orang lain cakap arab macam nak menangis je sebab saya langsung tak pandai nak redah cakap arab macam dorang T_T hoping for the best for next week.insyaAllah :)