Monday, May 16, 2011

entry untuk cikgu

assalamualaikum :)




selamat hari guru buat semua insan insan yang pernah saya panggil ‘cikgu’ ‘tece’ ‘ustazah’ ‘ustaz’. and I guess panggilan tu takkan pernah berubah sampai bila bila :) start from SKCK, SKAB dan SMKP. terima kasih atas tunjuk ajar cikgu.terima kasih sebab sentiasa mendoakan kejayaan anak anak didik cikgu. terima kasih sebab tak jemu explain tiap kali tak paham time belajar. terima kasih untuk segalanya. sayang cikgu selamanya. okay dah habis part terima kasih. sekarang part mintak maaf pulak. maklum lah perangai time sekolah dulu tak berapa nak baik sangat. ahaha :D



cikgu zakiyah : mintak maaf cikgu sebab dulu time kelas fizik suka makan choki choki dalam kelas :)

cikgu juliana : mintak maaf cikgu sebab selalu ajuk cikgu kecek klate time kelas kimia. cikgu kecek klate cute sangat ! :D

tece sarbjeet : oh yes ! tece paling cool ! mintak maaf sebab kami 1 kelas penah buat tece marah yang tesangat marah sampai tece denda kami diri atas kerusi.wuuuuu sampai bila bila takkan lupa memori tu. mintak maaf jugak sebab tece penah merajuk sebab kami and kami semua tak pujuk pun sampai la tece baik sendiri. pastu kami boleh pulak cakap ‘tece dah sudah merajuk ka?’ ahaha :P

cikgu jai : mintak maap sebab selalu bising time bio. kalau time buat eksperimen lagi bising. btw, cikgu la cikgu lelaki paling sporting ! :) rindu nak lepak kat koridor lab bio.sob sob sob

cikgu ahmad romli : mintak maap sebab always liat nak buat keja sejarah. cikgu tau kan sejarah tu susah ? ahaha. tapi berkat doa cikgu dapat A jugak sejarah. syok tu sebab sejarah tak penah dapat A. kui3. thanks cikgu :)

cikgu fauziah : mintak maaf cikgu sebab tak mampu nak usaha bagi pandai add math.huuuu. mintak maap jugak sebab saya selalu tak siap keja add math. tau salin ja jawapan. T__T

tece teh : math mode best tapi jadi tak best sebab gurls at the back selalu buat hal kan tece ? ahaha. oh fatin fatihah and siti norhafika, sila terasa jika baca ni :P sorry tece, kami memang macam tu time math mode :D and kami guess tece sure miss kami kan? ahaha :P

ustazah mashitah : mintak maap sebab tiap kali ustazah suruh hafal ayat hafazan macam macam alasan keluar. tak ready lagi la, tak ingat la and bla bla bla :D sampai dah last last baru nak kalut hafal.

cikgu rohana : cikgu yang tak penah marah walaupun sekali. mintak maaf cikgu sebab selalu main main time bm dulu. cikgu patut tau saya dah tak reti nak buat karangan bm macam dulu. ahaha :P



baru perasan banyak kenangan dengan cikgu cikgu time form 4 ngan form 5. sebab form 4 ngan form 5 cikgu yang sama ajar untuk 2 taun. so memang rapat la kan. boleh melawak slumber ja ngan cikgu cikgu. rindunya T___T

dan untuk cikgu terhebat saya, mhd yusoff bin saad, selamat hari guru abah :)


cikgu petama yang aku kenal, cikgu petama yang ajar aku dan cikgu petama yang marah aku. cikgu yang banyak bekorban untuk aku. cakap la nak apa ja, abah akan bagi. insyaAllah aku akan balas semua tu one day even abah tak penah mintak apa apa balasan pun. yes ! abah aku sangat garang time mengajar. aku penah jadi student abah aku time darjah 4 sampai la darjah 6. aku pun penah kena marah jugak macam orang lain. takda benda yang beza even yang ajar tu abah aku sendiri. tapi best sebab kat rumah boleh tanya abah kalau tak paham :) uuuu zaman sekolah sangat best kan ?

okaylah tu ja nak taip. sekali lagi, entry ini entry untuk cikgu :)