Tuesday, October 11, 2011

cuti sem dengan mamat hensem


assalamualaikum :)

Sekarang rasa macam nak sepak sepak pencuri kabel. Habis spoil cuti tahu tak?! Sebelum cuti hari tu berangan sampai ke awan konon konon balik rumah nak download movie banyak banyak lepas tu boleh tengok puas puas sambil makan mister potato. Sekali nah ambik kau, kabel kena curi lagi which means memang takkan boleh online langsung. Padan muka. Tu la lain kali kalau nak berangan pun tak payah sampai ke awan. Ada berukband pun lembab. Tengok macam sekarang, taip entry pun kalut kalut macam orang nak merompak sebab takut line putus kalau ambik masa lama lama. Ish tiba tiba rasa macam sadis sangat. Iskkkkk T________T

Dan sekarang cuti ditemani tv sahaja. Tv dan mamat mamat hensem. Yang tu lebih tepat :P Okay la jugak tak boleh online pun, boleh usha mereka mereka pastu tesengih sorang sorang. Haha. CSI, NCIS, Hawaii Five-0, House semua dah selamat khatam. Tapi Astro sangat menyakitkan hati kadang kadang. Ulang cerita yang sama beribu ribu kali sampai aku rasa lama lama aku dah boleh masuk belakon dalam CSI tu =.= Apa boleh buat, terpaksa la mengadap jugak sebab dah takda benda lain nak buat *sigh* Yang penting tak jemu. Tengok beribu kali pun tetap tesengih sengih sebab ada mereka mereka ini :




By the way, tiap kali tengok NCIS, aku akan cakap Deeks tu comel. Pastu mak aku akan cakap 'rambut serabai macam tu comel apanya?' =.= Eh tak comel ke dia ? Aku rasa comel lah. Dia sangat cool okay. Deeks yang atas sekali tu. Hah! Aku tau mesti ada akan cakap 'Eyh comel apa ntah macam tu?' lepas tengok gambar dia. Kan?

Okay, dah maghrib. Babai blog.