Sunday, November 20, 2011

budak-budak 90's


Assalamualaikum :)

Ini entry mengimbau kenangan. Oh mungkin jugak boleh jadi entry perbandingan antara kanak-kanak zaman 90’s dan kanak-kanak zaman sekarang. Tengok kanak-kanak zaman sekarang langsung takda hidup macam kanak-kanak. Aku rasa betuah sangat lahir dalam zaman 90’s. Time tu memang enjoy hidup tahap tak ingat makan minum. Kulit nak hitam legam main tengah panas pun buat tak heran jek. Eh hello, zaman budak-budak gitu mana tau nak melawa macam budak-budak sekarang okay. Tak pandang la der Barbie pink pakai gaun, mana ada kelas main gitu. Plus, dulu-dulu kami budak-budak 90’s tak diajar untuk main dengan patung bajet cun yang tak bernyawa. Keh3. Dulu takat p cari biji getah dalam hutan tu kira macam rutin hujung minggu. Balik tengah-tengah panas pastu compare sapa punya biji getah lagi banyak. Aku agak budak-budak sekarang rupa biji getah pun tak tahu macam mana rasanya. Rugi-rugi.

Dulu main tuju selipar, tuju tin tu kira memang expert. Kalau tengok lari time tu mau orang boleh cakap ‘ni besar ada potensi jadi atlet’ KAHKAHKAH. Haruslah cakap macam tu kalau dah lari macam apa ja lagi-lagi bila hati jantung paru-paru limpa semua macam nak tekeluar kes neves nak susun balik selipar yang jatuh tu. Pukul 5 wajib roger geng sebelah menyebelah sebab kalau lambat-lambat tak sempat nak main lama dah maghrib. Padang for sure penuh dengan orang main bola. Budak-budak hebat tak perlu padang, depan rumah pun boleh. Hentam saja. Main tuju selipar atas tar. Kalau jatuh kepala lutut dapat la parut baru. Tapi kisah apa, waktu tu pikir nak seronok jek. Budak-budak sekarang ada lagi ke macam tu ? Mana layan der nak main tuju selipar segala. Paling kurang pun PS3. Lekeh gila, peluh pun takda tahu main benda tu ? Takda feeling jadi kanak-kanak langsung. Dah la beribu riban harga kalau nak compare dengan selipar yang dekat kedai 2 ringgit pun boleh dapat tu. Selipar tu kira multitasking tahu. Habis main ambik pakai balik.

Budak-budak zaman sekarang nak yang canggih je semedang. Plasticine pun nak yang cap Playdoh. Aku dulu main plasticine yang 70 sen sekotak je tahu ? Jadi jugak karipap comel burger comel. Tak payah Playdoh pun. Nak lagi adventure p jemur plasticine tu tengah panas, agak –agak dekat nak cair lari cepat-cepat p ambik pastu letak atas tapak tangan. Tegedik-gedik melompat sebab tapak tangan rasa macam tebakar. Keh3. Mampu tak nak buat Playdoh gitu ? Benda mahal kena jaga elok-elok. Tak gitu ? Heh.

Tu tak masuk lagi part ding dang. Ding dang, Tora dengan Jojo kira macam 3 serangkai. Tapi ding dang yang paling mampu nak beli sebab paling murah antara tiga tu. Kotak pun paling kecik. Ding dang yang dalam kotak ada mainan murahan dengan coklat murahan tu kira mainan paling gempak ah time tu. Ding dang dulu kalau ada mainan baru mesti keluar iklan kat tv. Power tak power ? Teruja gila tecangak tunggu iklan ding dang depan tv. Pastu esok p sekolah sibuk tanya kawan-kawan tengok tak iklan ding dang yang baru. HAHA. Ding dang kalau perasan mainan semua jenis pasang sendiri. Pandai-pandai lah kau nak pasang macam mana pun asalkan jadi macam manual yang dia bagi. Aku adalah antara insan-insan yang loser bila bab pasang-pasang ni. Manual depan mata pun tak jadi-jadi jugak mainan aku. Last-last suruh abang yang buatkan. Keh3. Kalau bagi ding dang dekat budak-budak sekarang mau kena gelak tujuh keturunan. Dulu kira hebat gila boleh beli mainan yang iklan masuk tv. Mampu lah sebab Ding dang 60 sen jek. Sekarang iklan ding dang pun dah ganti dengan hotwheels kauuu. Tak termampu nak beli tahu ? Seketul mainan budak-budak sekarang boleh beli hard disk satu. Iskkkkk.


Ni kakak nak tunjuk dekat adik-adik ni la Ding dang yang femes dulu tu. *tengs mr google*


Tu tak masuk lagi part stationaries. Dulu aku ada pembaris yang dalam ada air pastu ada benda kilat-kilat dengan ikan comel-comel. Haha. Syok boleh tonggeng pembaris tu. Pemadam tak payah cakap la, asal ada design baru pakat-pakat serbu koop. Konon-konon kena up-to-date lah kan. Minggu lepas dah beli yang ada gambar bendera, minggu ni kena beli yang ada gambar bunga pulak. Pastu bila dah banyak susun bagi bederet-deret sampai panjang dan jatuhkan yang first. Yeah rasa seronok gila boleh main macam tu. Sekarang no more lah kan. Pemadam seketul 60 sen. Dah la design putih jek semata-mata, tengok pun tak tertarik. Apatah lagi nak beli banyak-banyak memang lah tak.

Kalau nak compare zaman budak-budak ni memang menang dekat budak-budak zaman 80’s dengan 90’s la sebab zaman tu memang truly merasa jadi budak-budak kan ? Syukur boleh rasa semua tu dulu. Zaman terbaik dalam hidup. Dan sekarang aku rindukan semua tu. Sangat.



3 choki choki:

Ikram Mawaddah

hahaha . geli hati saya baca entry ni . bila terfikir balik . benar belaka . anak buah saya pon sekarang ngadap laptop je main game . main tuju selipar pon x tau . best sekali part : Dah la beribu riban harga kalau nak compare dengan selipar yang dekat kedai 2 ringgit pun boleh dapat tu. Selipar tu kira multitasking tahu. Habis main ambik pakai balik ..

hehehe . gud job :)

azuha rahimi

dingdang x best...tora lagi best...kih3

Ara Ali Fath

heh, best sangat kan masa kanak - kanak kita dulu. budak zaman sekarang gila manja.
dah tu tercemar otak pun ada sebab teknologi makin canggih sangat. nak tengok ap semua ada kat internet.
kita dlu, komputer pun tak layan, apatah lagi laptop dan internet segala bagai.
serius, rindu zaman kanak - kanak. kita sangat INNOCENT. hiiii~~!!