Friday, November 18, 2011

Go Tigers !


Assalamualaikum :)

Emosi gembira aku dikawal oleh bola. Kot. Semalam aku salah sorang diantara orang-orang yang telebih excited. Malaysia menang okay lawan Indonesia. Haruslah aku excited sampai senyum tak lekang semalam. Ohhhh dan aku tak reti nak kontrol suara bila gol. Jiran sebelah cakap dia dengar aku jerit 'golllllllll' semalam. Iskkk hilang markah nak buat menantu disitu =.= HAHA Semalam sambil tengok bola ada scene ‘aku tengah lipat baju masuk dalam beg sebab nak balik asrama’. Bukan lipat pun sebab mata tengok tv. 95 minit game ada la kot 5 pasang sahaja baju kurung yang bejaya dilipat. Tu pun sebab half time. Kui3. Baju-baju tu betimbun depan aku sampai la habis game. Dah habis baru la mula lipat balik. Scene tu sepatutnya kena ada perasaan sayu mendayu dayu sebab scene ‘aku tengah lipat baju masuk dalam beg sebab nak balik asrama’ ni scene yang boleh kira masuk kategori tangkap leleh tapi aku boleh pulak lipat dengan hati yang riang ceria gembira siap ada effect senyum senyum lagi. Nah ambik kau, bola menang punya pasal habis hilang gundah gulana siap ganti dengan riang gembira lagi. Memang betul la kot emosi gembira aku dikawal oleh bola sebab aku pun tak tahu kenapa aku boleh update blog hari ni just nak cerita pasal bola padahal dah lama sangat malas nak update blog. Sebab bola menang ada semangat lebih ? Gitu ke ?

Semalam happy memang happy tapi betambah happy sebab aku bejaya bagi pengaruh dekat Cik Sarah ajak dia tengok bola sampai habis. Kejayaan besar bagi aku tahu boleh pengaruh orang yang tak pernah tengok bola sampai habis boleh stay depan tv 95 minit untuk sokong Malaysia. Even Cik Sarah tengah study kat Indonesia sekarang aku paksa dia jugak-jugak suruh sokong Malaysia. Sampai dia pun dah reti nak besorak-sorak time gol tapi mulut kena tutup dengan bantal sebab bak kata Cik Sarah ‘hati jiran perlu dijaga’. Yelah, nanti jiran mengamuk tak pasal-pasal pulak jadi kes begaduh. Puas hati aku boleh influence Sarah macam tu. HAHA. Dia pulak yang advance sebab aku suruh dia sokong ja sekali dia boleh admire Apek pulak padahal sebelum ni dia bukan kenal pun Apek tu. AHAHA. By the way, thanks Sarah sebab jadi wakil penyokong dekat Indonesia sana :D

By the way Indonesia, take that. You don’t know how to respect our anthem right ? Look, who is smiling now ? :) *Proud with Harimau Muda. Go Tigers !*




1 choki choki:

= fatynn =

that so true..at least we know how to respect others..proud with harimau muda..show them that we are the best..