Sunday, April 1, 2012

Poster Poster


Assalamualaikum :)

Officially 3 hari kat rumah tapi kenapa dah rasa aura-aura boring dah ni ? Macam mana nak betahan untuk 6 bulan ? T___T Okay, baik jangan merungut sebab aku dah tau sangat dah nanti bila cuti dah nak habis mesti bising 'Kenapa la cepat sangat cuti ni habis?'.

Memandangkan dah tak ada kerja sangat nak buat, aku dengan bangganya meng'offer'kan diri nak tolong adik aku buat poster kerjaya. Baik kan baik kan ? :P Tengok adik aku macam busy dengan homework la, tuisyen la so tak salah la aku yang duduk saja ni offer diri nak tolong. Kakak mithali :P Lagipun aku dah makan garam lebih bab-bab buat poster kerjaya ni sebab dulu time form 5 aku pun buat jugak benda yang sama dan dan dan menang no satu kau kategori Most Informative Poster. Jangan main-main. Ahahaha. Perlu ke mention benda yang dah lapuk? Eh mesti la perlu sebab tu la satu-satu petandingan yang aku masuk time sekolah menengah yang menang. Wawawa. Sadis betul =.=

So, dah belek-belek korek-korek idea semua aku dah dapat satu kerjaya yang agak best. Nak tau kerjaya apa aku buat, kena tunggu next entry bila dah siap poster :D Okay, nak kena mula kerja dah. Due date hari Khamis ni, so you better hurry Adila.

Salah satu sebab aku buat ni sebab aku rindu zaman sekolah riang ria dulu :')


Absolutely TRUE

0 choki choki: