Saturday, March 31, 2012

Selamat Tinggal Diploma


Assalamualaikum :)

Note : Entry yang panjang. Even though ayat-ayat kat bawah nampak macam sangat cliche but seriously I mean it.

Last entry 17 Februari 2012. Dah nak dekat 2 bulan >.< Semester last Diploma sangat sangat mencabar. Lagi dekat nak final exam lagi banyak dugaan datang sampai dah tahap nak menangis pun ada tapi Alhamdulillah aku ada semangat sampingan yang selalu buat aku rasa kuat. Terima kasih awak awak awak awak sekalian. You know who you are :)

Officially dah habis Diploma hari Rabu lepas. Tuhan saja yang tau macam mana perasaan kami waktu tu. First, of course la seronok sebab 3 tahun struggle untuk semua ni and lastly habis jugak Diploma. Second, sedih. Sedih yang bukan sikit. Boleh kira Rabu lepas hari menangis untuk aku. Habis paper International Business ada buat sesi snap snap pic untuk kali terakhir. Memang happening. Pastu dah habis snap snap mula la masing-masing meleleh-leleh temasuk la aku. Hey, kena torture sikit punya teruk time MMS aku cool tak menangis okay tapi Rabu lepas dengan hanya dengar ayat 'Aku mintak maaf' 'Halalkan semua okay. 0-0' 'Jangan lupakan aku' 'Jaga diri baik-baik' 'Hang kawan aku dunia akhirat. Kawan terbaik penah aku ada' aku terus menangis tang tu jugak T___T Susah nak describe feeling waktu tu. Mungkin ada yang akan cakap atau dah pun cakap 'Setakat habis Diploma tak payah kecoh sangat la'. Anda tak tahu dan takkan pernah tahu macam mana rasa tu jadi lebih baiklah jika anda diam :)

Dulu seriously aku terima tawaran jadi budak bisnes dalam keadaan terpaksa. Kenapa aku dapat course yang aku letak paling bawah dalam list? Kalau ikut logik memang course tu letak sebab tak tau nak pilih apa dah. Memang aturan Tuhan tu indah. Sekarang aku dah ada jawapan untuk soalan tu. My dear DBS July 2009-March 2012, being a part of you guys is one of the great things ever happen to me. Aku belajar macam mana nak jadi kuat, belajar jadi lebih bertanggungjawab, belajar macam mana nak gelak even masalah datang betimpa-timpa, belajar macam mana nak hargai orang sekeliling aku dan paling penting belajar rasa indahnya hidup bersahabat. Sapa cakap kami tak pernah begaduh? Kami pernah begaduh teruk sesama sendiri but with a simple sentence 'I am sorry' set us free. Mungkin dari begaduh tu jugak ajar kami jadi lebih menghargai sesama sendiri.

Dan telinga aku dah jadi pekak dengar ayat 'Bisnes course tak ada masa depan' sepanjang 3 tahun ni. Sila percaya kalau aku cakap bila aku cakap aku budak bisnes ada budak-budak 'course hebat' akan pandang dengan muka keji. Tak apa, kami semua dah biasa. Just nak cakap, siapa anda nak tentukan masa depan kami ? DIA lebih berhak. DIA dah aturkan yang terbaik untuk kami semua :)

Dear DBS girls, terima kasih sebab jadi kawan yang sangat awesome. Terima kasih untuk semua kenangan. Take care of yourselves and may your life will be blessed by HIM. Maybe aku bukan kawan yang baik tapi korang kawan terbaik pernah aku ada. Semoga kita semua ada dalam redhaNYA. InsyaAllah :')

Dear DBS boys, walaupun kita sangat lah jarang nak bertegur apatah lagi nak begelak ketawa sama-sama tapi sekurang-kurangnya kenangan tu tetap ada. Dan sangat best bila tau ada antara anda satu 'company' dengan saya. We're ONE UNITED yawww :D Semoga berjaya dunia akhirat. Do take care of yourselves.

Apa pun yang jadi lepas ni, kat mana pun kita tercampak lepas ni, sentiasa ingat kita pernah jadi kawan dan akan terus jadi kawan dunia akhirat.




Dari kawan dunia akhirat anda :