Thursday, June 28, 2012

Astro PVR : The Introduction


Assalamualaikum :)


Tajuk entry tak menahan -.- Pertama kali tengok iklan Astro PVR ni rasa macam scary gila tengok orang ada kepala bentuk button play, pause etc etc macam tu. Aku selalu bayang orang berkepala button tu jalan dalam gelap sambil lambai-lambai -___- Waktu tu jakun lagi, tak tau pun apa menatang Astro PVR tu. Lepas godek-godek baru la tau betapa ohsemnya Astro PVR tapi sayangnya hanya mampu tengok beliau dalam iklan orang berkepala button sebab mahal nak mati nak install Astro PVR waktu tu T__T Memandangkan aku ni selalu berpegang dengan falsafah ‘berangan selagi mampu, mana tahu impian jadi kenyataan’ maka aku dengan gigihnya selalu membayangkan betapa indahnya hari-hari aku kalau ada Astro PVR ni dekat rumah :’)

Aku rasa aku akan terus berpegang dengan falsafah tu sebab seminggu sebelum Euro start, orang Astro call abah aku dan telah meng’offer’ installation Astro PVR for FREE. Astro PVR dengan rasminya dah jadi sebahagian dari keluarga aku sekarang :’) Secara percuma. Menangis lagi sekali :’) Astro dengan percuma ni jarang tak pernah ada dalam satu ayat yang sama sebab tu la rasa macam nak menangis bila tengok uncle Astro tu datang rumah dan dengan gagahnya panjat tangga dan menggantikan belanga Astro yang sedia ada dengan belanga yang baru lepas tu bagi seketul decoder Astro PVR yang baru tanpa minta apa-apa bayaran. Apa yang abah aku perlu buat hanyalah bagi direction sebab uncle tu macam blur nak cari rumah pelanggan yang menikmati tawaran percuma Astro PVR yang seterusnya *amboi kemain ayat* Suppose sebelum Euro dah datang tapi uncle tu cakap ramai sangat yang nak pasang benda alah ni *benda free sapa tak nak woi* maka selepas seminggu Euro start baru uncle datang pasang. Lambat pun lambat lah, asalkan uncle tak lupa pada janji. Kihkihkih. Kenapa Astro PVR awesome? Next entry aku akan bagi sebab beserta huraian lengkap kenapa beliau sangat awesome. Hihi.

Eloklah, Euro dah nak habis dah pun plus decoder PVR pun dah berhabuk baru nak apdet cerita pung pang pung pang -___- 


0 choki choki: