Assalamualaikum :)
Eh novel dah ada rumah baru. Makaseh Mak sebab murah hati beli rumah baru bagi kat novel-novel ni. Heeeee. Dulu novel ni takda rumah pon, habis kena debu hujan panas semua :’) Kalau tuan rajin maka cantiklah kulit dia, kalau tuan malas bedebu 4 inci pun langsung tak ambik kisah. Sekarang dah tak payah risau dah. Yeay dah tak payah kena lap novel dah. See macam mana dedikasinya aku? Kalau orang kaya tiap-tiap pagi lap barang antik, aku yang tak berapa nak kaya dan ke arah miskin ni lap novel saja yang mampu :’)
Susun balik pastu letak novel Alaf 21 dengan Kaki Novel
belakang-belakang sikit. Huk. Dulu time sekolah tau beli novel jiwangssss je
semedang. Sekarang bila ingat balik macam malu pun ada oh kecik-kecik dah
pandai ni beli bahan bacaan jiwang-jiwang. Tak padan baru 15 tahun -.- Nasib
baik sekarang dah sejak dimamah usia ni *ehem 21 baru* dah tau geli pulak nak
baca ayat jiwangsss sangat. Lucky me. Kalau tak aku agak boleh dah kot karang
sajak barang serangkap dua sebab overdose ayat-ayat jiwang ye dak?
Sekarang ni aku focus more on JS novels. Eceh ayat focus tu
tak menahan tu. Tak layan dah der novel jiwangssss. Eheh. Meh aku nak jadi
promoter tak berbayar JS. Kalau anda-anda nak baca novel or teringin nak baca
something which is not just baca-untuk-suka-suka, sila lah beli novel dari JS.
Believe me, you’ll learn something from
it. Kalau tak banyak pun, akan ada sikit yang terkesan di hati :’) Akan ada
part dalam novel tu yang bila baca rasa ‘nah ambik kena setepek dekat muka
sendiri’ pastu terus tanya diri sendiri ‘dah tu tamau buat apa-apa ke nak bagi
yang kena setepek dekat muka tu hilang?’ :’) Tapi kalau baca novel Hlovate
bukan setakat setepek tapi betepek-tepek yang kena dekat muka sendiri T__T
Sekarang ni jugak officially tengah jadi penunggu setia abang
posmen. First time ni beli novel online sebab dah tak larat oi pi tayang muka
dekat Popular tu ha cari 2 novel ni. Susah betul nak jumpa T__T Senyum Sampai Langit + Nah, untuk Awak! cepatlah sampai. Tak sabar nak senyum sampai langit dah
ni :D
Habis degree nanti nak apply kerja dengan JS la. Nak jumpa
Syud suruh bawak jumpa Adil XD
2 choki choki:
sedihnye tak bawak satu novel pun datang sini. :( ade suggestion novel online menarik? hehe
Na kalau bawak novel mau exceed bekilo2 :D
http://mamatgemok.blogspot.com/
Tu link, okay la jugak cerita dia. Baca yang tapai pulut. Yang percaya padaku tu best jugak tapi x habis lagi.
and lagi 1 ni : http://bulan-hijau.blogspot.com/
Try la baca k? Hehe :D
Post a Comment