Friday, April 27, 2012

Hello Convocation Day !


Assalamualaikum

Jumaat yang penuh senyuman. Alhamdulillah. 3 tahun aku tunggu nak tengok result yang aku nak, akhirnya final semester result tu datang jugak dekat aku. Lama I tunggu you tahu :’) Hilang segala penat lelah letih study bila tengok mak abah senyum walaupun aku jadi anak dara tak sedar diri belari-lari pi kejut mak dia yang tengah tidur bangun pukul 1 pagi. Haih kurang adab disitu. Tak reti nak control perasaan betul la bila happy. This result is for both of you, mak abah <3

Aku pemalas. Aku tak rajin study. Banyak masa kat UiTM tu aku habiskan dengan tidur tidur makan tidur dan tidur. Study pun bila dah masuk study week, tu pun dan lagi tidur konon-konon penat study nak baring la sat sekali eh eh dah petang laaaaa -.- So memang lah sangat unexpected untuk dapat result macam ni. Bila ingat balik hidup aku time study week lepas, memang amazing sampai kalau makcik-makcik tengok gaya hidup memang hilang kualiti makcik-makcik tu nak ambik jadi calon menantu. Huahuahua. *Perasan sungguh. Makcik-makcik tu tak tahan. Ramai betul calon mak mertua? Haha* Lepas subuh baru tidur dan paham-paham lah pukul berapa baru nak bangun. Ngaaaaa. Tu la, orang suruh study awal, ni dah dekat exam baru tehegeh-hegeh nak study. Padan muka -.-

Aku bukan calon ANC ye kepada sesiapa yang meneka tu, tekaan anda tak tepat. Dah awal-awal say goodbye dekat mister ANC sebab semester 1&2 aku bukan dalam Dean’s List pun. Salah sendiri sebab main-main dan sebab homesick jugak. Hukhukhuk. Since dah telepas ANC, haruslah ada misi baru. Misi seterusnya nak First Class Degree. InsyaAllah. Moga dipermudahkan. Apa yang best dengan result kali ni bila boleh tambah ayat say Hi to Convocation Day. Tak sabar nak jumpa awak tahu :’) Nak kena hafal balik ni lirik lagu UiTM Dihatiku & Wawasan Setia Warga UiTM. Gila semangat ! Ahaha.

Rezeki DBS Batch July 09 kot result kali ni. Paling teruja tengok result Research Methodology. Killer paper yang akhirnya jadi paper yang bawak senyum lebar untuk semua. Thank you madam ! Same goes to International Business. Aku jawab paper last ni dalam demam dan batuk. Aku keluar awal setengah jam sebab dah tak tahan sangat batuk plus akan ganggu orang lain kalau aku dok dalam hall tu lama-lama. Sudah buat check then terus keluar. Dalam hati, lulus pun jadi la sebab dah tak larat sangat dah time tu. Pikir nak balik rumah ja since paper IB tu paper last memang hati dah sampai rumah dah. ETR paper penuh dugaan. Macam mana report kena reject then kena buat balik dalam masa study week, memang salah satu dugaan yang mencabar hati dan perasaan. Nasib baik aku tak gila. Selling lagi satu. Haih dalam kelas berangan memanjang, menguap setiap minit. Kalau nak bagi peratus aku belajar dengan berangan dalam kelas ni boleh kata 99% berangan 1% belajar. 

Sangat-sangat lah tak expect nak dapat result best untuk semua subjek semester ni. But it happen at last. Alhamdulillah. Finally, I met Mister Flat at the end of my Diploma journey. It’s a tough journey but its turns to be a sweet memorable journey at last. Thank you UiTM Perlis :’)

Sebelum check result orang risau aku boleh dok syok macam apa ja sebab Astro bagi tengok semua channel for FREE untuk 10 hari ! Suppose time tu aku kena risau sebab result ni penentu aku boleh grad on time atau tak tapi boleh pulak dok syok sebab Astro -.- tapi chooooiii ah Astro ! Kenapa kau bagi semua channel free EXCEPT First ???! Kenapa???? Iskkkkk T___T


Sekarang baru boleh officially cakap 'KAMI DAH HABIS DIPLOMA'


*Attention to Acerap, boleh tuntut belanja makan dari aku kalau hang baca ni. Kalau tak baca, nasib hang la. Huahuahua*