Friday, June 8, 2012

Welcome Euro 2012!


Assalamualaikum

Kisah panjang World Cup & Euro seorang tukang taip.

World Cup 2006 à Tukang taip berumur 15 tahun pada tahun 2006. Sebagai seorang pelajar yang belajar di sekolah menengah di Malaysia maka secara automatiknya tukang taip telah termasuk dalam senarai Calon PMR 2006 :’) Atas sebab itu, tukang taip dilarang sama sekali untuk bangun awal pagi sebab dikhuatiri tukang taip akan tidur dengan nyenyaknya tanpa rasa berdosa di dalam kelas keesokkan harinya. Keadaan pada tahun itu: 8A itu sangat penting. Akan tetapi, tukang taip ini memang fames dengan perangai ketegaq *read:degil* Apa guna jadi remaja kalau tidak berlagak berani sekali sekala katanya. Maka, tukang taip dengan perasaan berlagak beraninya telah beberapa kali membangunkan dirinya awal pagi untuk curi-curi tengok  bola dengan volume tv yang sangat perlahan sampaikan kena sua telinga dekat-dekat dengan tv baru boleh dengar suara commentators :’) Tukang taip juga sangat berharap yang abah dengan maknya tidak bangun untuk ke tandas dalam masa 2 jam game berlangsung.

Ganjaran yang tukang taip dapat tahun itu adalah: Tukang taip telah berjaya untuk menonton aksi tanduk menanduk Zinedine Zidane waktu game final yang jarang sekali berlaku. Tukang taip selalu tengok player tanduk bola sahaja, belum pernah tengok player tanduk player lagi sebab tu lah tukang taip jadi agak jakun disitu. Bravo Zidane! 

Euro 2008 à Tukang taip berumur 17 tahun pada tahun 2008. Sebagai seorang pelajar yang belajar di sekolah menengah di Malaysia maka secara automatiknya tukang taip telah termasuk dalam senarai Calon SPM 2008 :’) *Note: ayat-ayat selepas ini akan membuatkan anda merasa seolah-olah anda sedang mengalami dejavu. Read at your own risk* Atas sebab itu, tukang taip dilarang sama sekali untuk bangun awal pagi sebab dikhuatiri tukang taip akan tidur dengan nyenyaknya tanpa rasa berdosa di dalam kelas keesokkan harinya. Keadaan pada tahun itu: 10A1 itu sangat penting. Akan tetapi, tukang taip ini memang femes dengan perangai ketegaq *read:degil* Apa guna jadi remaja kalau tidak berlagak berani sekali sekala katanya. Maka, tukang taip dengan perasaan berlagak beraninya telah beberapa kali membangunkan dirinya awal pagi untuk curi-curi tengok  bola dengan volume tv yang sangat perlahan sampaikan kena sua telinga dekat-dekat dengan tv baru boleh dengar suara commentators :’) Tukang taip juga sangat berharap yang abah dengan maknya tidak bangun untuk ke tandas dalam masa 2 jam game berlangsung.

Ganjaran yang tukang taip dapat pada tahun itu adalah: Tukang taip telah melompat dalam keadaan sopan santun tanpa suara sambil makan Pringles meraikan kejayaan Sepanyol dan meraikan kehenseman Alonso :’)

World Cup 2010 à Tukang taip berumur 19 tahun pada tahun 2010. Tukang taip tidak lagi bergelar pelajar sekolah. Tukang taip sudah dewasa *lap air mata* Tukang taip telah mengupdate statusnya menjadi pelajar universiti yang tengah bercuti semester dua bulan semasa Piala Dunia 2010 sedang berlangsung dan dengan eksaitednya tukang taip telah berwaka waka bersama Shakira *clap clap clap* Tukang taip sangat berharap yang panas sampai ke petang tetapi sayangnya hujan ditengah hari. Cuti semester tukang taip berakhir seminggu sebelum Piala Dunia berakhir :’) Tukang taip menghabiskan cuti semester menonton hampir kesemua game dalam group stage, quarter-final dan semi-final tetapi menuju ke final tukang taip berlagak cool dengan falsafahnya waktu itu: belajar lagi penting, ayuh kembali ke kampus! Malangnya, tukang taip sudah tidak berdaya lagi untuk berlagak cool apabila team yang masuk final world cup waktu itu adalah Sepanyol. Tukang taip mahu berlagak berani sekali lagi dengan menonton final keseorangan di bilik tv kolej sambil ditemani setin nescafe dan sebungkus twisties perisa bbq *downgrade dari pringles jadi twisties sebab twisties lagi murah: kalau anda faham maksud tukang taip, anda sememangnya seorang pelajar yang berusaha untuk tidak menghabiskan duit belanja sewenang-wenangnya dengan membeli keropok yang mahal* :’) Cubaan untuk tukang taip berlagak berani waktu itu gagal kerana dalam kepala otak tukang taip terbayang kalau-kalau ada ‘fans Netherlands yang tidak diundang’ waktu itu datang untuk tengok game sama-sama dengan tukang taip dan seterusnya mencetuskan keadaan yang tidak diingini. Kehidupan di asrama penuh dengan makhluk tak diundang *kalau anda faham maksud tukang taip sekali lagi, anda sememangnya seorang pelajar yang pernah/tengah duduk di asrama* Waktu itu tukang taip sedar yang tukang taip hanya pandai berlagak berani dirumah, tidak di asrama :’) Tukang taip tidak tahu apa motif dia tetap berkira-kira mahu pulang ke rumah minggu itu padahal kalau balik pun tukang taip tetap tidak dapat menonton game final atas sebab game final pada awal pagi Isnin dan bukan pada awal pagi Ahad. Mungkin tukang taip dapat rasakan yang dia sudah cukup berpuas hati dapat balik ke rumah dan dapat tengok decoder Astro :’) Tukang taip telah berjaya balik ke rumah minggu itu dan berjaya juga tengok game final. Keadaan berbeza waktu itu kerana tukang taip tidak perlu lagi sua telinga dekat-dekat dengan tv untuk mendengar suara commentators dan tidak perlu lagi berharap yang abah dengan mak tukang taip tidak bangun untuk ke tandas kerana tukang taip menonton game ini dengan abahnya sambil ditemani keropok sira kelantan dan teh panas. Eh? Rupa-rupanya tukang taip telah TER’ponteng’ kelas pagi hari Isnin :’)

Ganjaran yang tukang taip dapat pada tahun itu adalah: Tukang taip telah bersorak riang dengan suara sendiri meraikan kejayaan Sepanyol dan meraikan kehenseman Alonso sekali lagi walaupun Alonso telah di’kung-fu’ kick oleh salah seorang player Netherlands. Tahun itu juga disebabkan kewujudan Facebook, tukang taip sudah boleh mengupdate status di Facebook juga tentang kemenangan Sepanyol. 

Euro 2012 à Tukang taip berumur 21 tahun. Tukang taip juga tidak lagi bergelar pelajar universiti kerana tukang taip sudah habis belajar dan tukang taip secara official available untuk menonton kesemua game Euro kali ini :’) Buat pertama kalinya boleh tengok dalam keadaan bersenang-lenang dengan hati yang penuh gembira ditambah dengan suasana yang ceria sambil ditemani Pringles semula. Tiada lagi 8A, 10A1 ataupun makhluk-tidak-diundang-di-asrama mahupun niat-untuk-terponteng-kelas mengganggu pemikiran tukang taip. Tukang taip sangat berharap agar dapat meraikan Sepanyol dan kehenseman Alonso tanpa jambangnya sekali lagi :’)

Panjangnya 0_0 Ada tak contest ‘Ceritakan Kisah Euro atau World Cup Anda’? Aku rasa macam nak masuk -.- By the way, best of luck Spain! Dan Alonso, tolonglah buang jambang kau. 



Viva Espana !