Assalamualaikum
Jumaat yang penuh senyuman. Alhamdulillah. 3 tahun aku
tunggu nak tengok result yang aku nak, akhirnya final semester result tu datang
jugak dekat aku. Lama I tunggu you tahu :’) Hilang segala penat lelah letih study
bila tengok mak abah senyum walaupun aku jadi anak dara tak sedar diri
belari-lari pi kejut mak dia yang tengah tidur bangun pukul 1 pagi. Haih kurang
adab disitu. Tak reti nak control perasaan betul la bila happy. This result is
for both of you, mak abah <3
Aku pemalas. Aku tak rajin study. Banyak masa kat UiTM tu
aku habiskan dengan tidur tidur makan tidur dan tidur. Study pun bila dah masuk
study week, tu pun dan lagi tidur konon-konon penat study nak baring la sat
sekali eh eh dah petang laaaaa -.- So memang lah sangat unexpected untuk dapat
result macam ni. Bila ingat balik hidup aku time study week lepas, memang
amazing sampai kalau makcik-makcik tengok gaya hidup memang hilang kualiti
makcik-makcik tu nak ambik jadi calon menantu. Huahuahua. *Perasan sungguh. Makcik-makcik
tu tak tahan. Ramai betul calon mak mertua? Haha* Lepas subuh baru tidur dan
paham-paham lah pukul berapa baru nak bangun. Ngaaaaa. Tu la, orang suruh study
awal, ni dah dekat exam baru tehegeh-hegeh nak study. Padan muka -.-
Aku bukan calon ANC ye kepada sesiapa yang meneka tu, tekaan
anda tak tepat. Dah awal-awal say goodbye dekat mister ANC sebab semester
1&2 aku bukan dalam Dean’s List pun. Salah sendiri sebab main-main dan
sebab homesick jugak. Hukhukhuk. Since dah telepas ANC, haruslah ada misi baru.
Misi seterusnya nak First Class Degree. InsyaAllah. Moga dipermudahkan. Apa
yang best dengan result kali ni bila boleh tambah ayat say Hi to Convocation
Day. Tak sabar nak jumpa awak tahu :’) Nak kena hafal balik ni lirik lagu UiTM
Dihatiku & Wawasan Setia Warga UiTM. Gila semangat ! Ahaha.
Rezeki DBS Batch July 09 kot result kali ni. Paling teruja
tengok result Research Methodology. Killer paper yang akhirnya jadi paper yang
bawak senyum lebar untuk semua. Thank you madam ! Same goes to International
Business. Aku jawab paper last ni dalam demam dan batuk. Aku keluar awal
setengah jam sebab dah tak tahan sangat batuk plus akan ganggu orang lain kalau
aku dok dalam hall tu lama-lama. Sudah buat check then terus keluar. Dalam
hati, lulus pun jadi la sebab dah tak larat sangat dah time tu. Pikir nak balik
rumah ja since paper IB tu paper last memang hati dah sampai rumah dah. ETR
paper penuh dugaan. Macam mana report kena reject then kena buat balik dalam
masa study week, memang salah satu dugaan yang mencabar hati dan perasaan. Nasib
baik aku tak gila. Selling lagi satu. Haih dalam kelas berangan memanjang,
menguap setiap minit. Kalau nak bagi peratus aku belajar dengan berangan dalam
kelas ni boleh kata 99% berangan 1% belajar.
Sangat-sangat lah tak expect
nak dapat result best untuk semua subjek semester ni. But it happen at last.
Alhamdulillah. Finally, I met Mister Flat at the end of my Diploma journey.
It’s a tough journey but its turns to be a sweet memorable journey at last.
Thank you UiTM Perlis :’)
Sebelum check result orang risau aku boleh dok syok macam
apa ja sebab Astro bagi tengok semua channel for FREE untuk 10 hari ! Suppose
time tu aku kena risau sebab result ni penentu aku boleh grad on time atau tak
tapi boleh pulak dok syok sebab Astro -.- tapi chooooiii ah Astro ! Kenapa kau
bagi semua channel free EXCEPT First ???! Kenapa???? Iskkkkk T___T
Sekarang baru boleh officially cakap 'KAMI DAH HABIS DIPLOMA' |
*Attention to Acerap, boleh tuntut belanja makan dari aku kalau hang baca ni. Kalau tak baca, nasib hang la. Huahuahua*
4 choki choki:
congrate.. xnak banjew i ke?
tahniahhh 4 rata :)
makaseh kak cikin :D kak cikin la belanja ! nak kepsi please XD
melly, makaseh :D hihi
I know u can do it ! Hugs !
Post a Comment